fbpx

Magic Vs Attitude

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Dalam suatu kelas, kita dapati bukan semua pelajar akan mendapat keputusan yang sama. Mereka duduk dalam kelas yang sama. Mereka menggunakan bahan pembelajaran yang sama. Mereka belajar daripada guru yang sama. Jadual dan tempoh belajar pun sama. Kenapa masih ada yang cemerlang, ada yang tidak?

Tiada “Magic” Yang Akan Berkesan Kepada Semua Orang

Inilah jawapannya. Bukan semua method sesuai untuk semua orang. Kaedah A mungkin berkesan untuk 72% pelajar. Kaedah B mungkin berkesan untuk 28% pelajar yang lain. Perbezaan ini disebabkan oleh gaya penerimaan setiap orang berbeza. Gaya fikir yang berbeza. Sikap yang berbeza.

Hal yang sama juga berlaku dalam trading. Walau kita copy sebijik-sebijik teknik yang digunakan oleh seorang Super Trader, belum tentu akan berjaya dalam trading. Haaa? Biar betul?

Ya, magic bagi Super Trader tu belum tentu berkesan untuk anda! Kerana itu saya selalu pesan kepada anak didik, “Method” hanya sumbangkan 10~20% sahaja kepada kejayaan dalam trading. Yang benar-benar contribute adalah “Mindset”. Macam mana cara anda berfikir, bersabar, buat keputusan, dan bertindak.

Cukuplah kita tengok orang yang berjaya hanya dengan teknik yang simple. Ingat kembali apa objektif anda dalam trading. Adakah hanya nak puaskan nafsu menconteng carta, atau nak buat duit?

Jika kita kata seorang pekerja yang baik mestilah dinilai melalui attitude nya yang baik, begitu jugalah dalam trading. Seorang trader sebenar mesti mempunyai attitude yang baik.

Saya bukan bercerita tentang attitude dengan orang sekeliling. Tu hal lain. Tetapi apa sikap kita terhadap pasaran. Adakah kita positif dengan pasaran? Adakah kita faham kehendak pasaran? Adakah kita sedia untuk akur dengan pasaran? Adakah kita sanggup untuk mengakui kesilapan diri dan buat perubahan? Adakah kita jujur dengan trading plan kita?

Berilah apa jenis strategi magic sekalipun, sekiranya perkara di atas masih di luar kesanggupan… Masih jauhlah perjalanan kita untuk tersenarai dalam kelompok 10% trader yang buat untung kaw-kaw.

Jadi apa perlu anda buat?

Saya bukan suruh anda berhenti mencari dan belajar teknik dalam trading. Namun anda perlu sedar prioriti terlebih dahulu. Sama ada anda nak fokuskan kepada aspek teknikal atau emosi. Nak cari teknikal, belajarlah dengan guru yang betul. Nak belajar teknik emosi, hanyalah melalui pengalaman. Teruskan guna platform demo sehingga anda benar-benar nampak di mana kesilapan anda sebelum ini.

Teknik dah betul… tapi mungkin anda entry terlalu awal? Atau take profit terlalu awal? Atau cut loss di paras yang tak sepatutnya? Troubleshoot dan terus fine-tune. Anda dapat setelkan masalah akar, inshaaAllah semuanya akan jadi lebih mudah bagi anda.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat anda untuk terus belajar trading. Suka dengan perkongsian seperti ini? Rakan anda juga mungkin sedang perlukan nasihat ini.

Kongsi dengan mereka!

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Money Management

Sakit Kena Libas? Semak Money Management Anda!

Akhir-akhir ini kami percaya ramai yang menghadapi sedikit kesulitan dalam pasaran. Mana taknya, bulan ini sahaja Nasdaq 100 dah terjun sekitar 9%. Yang tak bestnya, apabila memasuki zon ‘Bearish’ atau

Magic Vs Attitude

Magic Vs Attitude

Dalam suatu kelas, kita dapati bukan semua pelajar akan mendapat keputusan yang sama. Mereka duduk dalam kelas yang sama. Mereka menggunakan bahan pembelajaran yang sama. Mereka belajar daripada guru yang

matlamat pelaburan

Ketahui Matlamat Dalam Pelaburan

Saya tahu ramai yang masih tercari-cari langkah masing-masing dalam pelaburan. Saya tak ingin guna istilah “kecundang” kerana setiap apa yang anda lalui adalah suatu journey yang unik dan mahal nilainya.

support & resistance is like a ball

Ada Apa Dengan Support & Resistance?

Selalu dengar orang sembang pasal support & resistance… tak faham apa yang diorang bincangkan. Konsep support & resistance mudah sahaja sebenarnya! Wajib pandai dan biasakan dengan istilah ini sekiranya nak

busy

Saya Busy, Mana Ada Masa Nak Labur Saham

Bestnya jika boleh jadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang busy? Kalau yang punch in 8 pagi punch out 5 petang, masih ada masa lagi

1 thought on “Magic Vs Attitude”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top