fbpx

Micron 143.40% dalam setahun

Kerajaan Trump telah meletakkan syarikat gergasi China, Xiaomi, dalam senarai hitam ketenteraan, ‘military blacklist’ mereka. Kebanyakan pelabur mulanya meragui tentang pelaburan mereka dalam saham Micron, disebabkan Xiaomi merupakan klien kepada Micron.

Vijay Rakesh (Penganalisis di Mizuho) berkata, berita ini tidak memberi impak yang negatif kepada pelaburan mereka disebabkan produk yg diboikot hanyalah produk yg ada kaitan dgn ketenteraan.

Rakesh memberitahu melalui perbualannya dengan CFO Micron Technology, Dynamic Random Access Memory (DRAM) mereka sudah pun melalui fasa modifikasi penambahbaikan terbaru terutamanya dari segi kos.

Micron berada dalam posisi yang baik untuk dinaik taraf, pada masa akan datang, dalam perniagaan DRAM disebabkan perbelanjaan modal yang disiplin dan peningkatan permintaan pelayan mobile.

Komen penganalisis mengesahkan sentimen Ketua Pegawai Eksekutif Micron, Sanjay Mehrotra dalam earnings call suku pertama syarikat pada 7 Januari.

“Kami gembira dengan asas industri DRAM yang diperkukuhkan,” kata Mehrotra. “Untuk pertama kalinya dalam sejarah kami, Micron memimpin teknologi DRAM dan NAND secara serentak, dan kami berada dalam kedudukan yang sangat cemerlang untuk meraih keuntungan hasil perkembangan transformasi digital ekonomi global yang didorong oleh AI, 5G, cloud, dan intelligent edge.”

Micron Technology, Inc. adalah pengeluar memori komputer dan penyimpanan data komputer termasuk Dynamic Random Access Memory, Flash Memory, dan USB Flash Drive.

Purata pendapatan MU pada 4 suku 2020:

1) Pendapatan Suku Pertama : $4.08 Billion
2) Pendapatan Suku Kedua : $5.44 Billion
3) Pendapatan Suku Ketiga : $6.06 Billion
4) Pendapatan Suku Keempat : $5.77 Billion

Kenaikan harga MU:
1) Ogos 2020 – $45.51
2) September 2020 – $46.96
3) Oktober 2020 – $50.34
4) November 2020 – $64.09
5) Disember 2020 – $75.18
6) Januari 2021 – $85.50

Harga saham MU setakat 19 Januari 2021 suda pun mencecah – $85.50

Cuba bayangkan, jika kita beli saham MU nih pada 19 Januari 2020 yg lalu, agak-agak brapa pulangan yg kita dapat?

Untung(ROI) = Harga Akhir (harga jual) – Harga Awal (harga beli)
$85.50 – $45.51 = $39.99

Peratusan keuntungan = Untung/Harga Awal x 100
$39.99/$45.51 x 100 = 87.9%!

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

7 thoughts on “Micron 143.40% dalam setahun”

Leave a Reply to DDNK Team Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top