fbpx

Minda Menyimpan Vs Minda Melabur

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Simpan, atau labur… mana lebih bagus? Jawapannya adalah dua-dua! Saya tak nak bias dalam penulisan ini. Dua-dua ada pro & contra. Ada kebaikan dan kelemahan. Jom baca lebih lanjut apa perbezaan simpan cash dan simpan dalam bentuk aset.

Simpanan Cash

Menyimpan adalah jauh lebih mudah berbanding pelaburan, kerana anda langsung tak perlu fikirkan risiko kehilangan wang apabila ‘ombak’ melanda.

Simpanan juga memberikan kita buying power di kala emergency. Berbanding pelaburan mesti dicairkan terlebih dahulu. At this point, nampak cash lebih meyakinkan bukan?

Simpanan cash tidak perlu dicairkan dan mudah ditukar kepada currency lain

Masalah paling utama yang mungkin anda tak sedar ianya berlaku adalah… dalam tempoh jangka panjang, nilai wang menyusut dan terus menyusut!

Saya beri contoh mudah. Tahun 2000-an, nasi lemak tepi jalan berharga RM0.50 senang je nak cari. Hari ni? Orang jual dengan tanda harga RM2.00. Tempat eksklusif jual atas RM10.00 pun ada tau.

Anda faham maksud yang cuba disampaikan? Jika long-term goal anda nak ada simpanan RM250,000 dalam tempoh 20 tahun contohnya. Di saat cita-cita anda terlaksana, dalam tangan anda dah ada RM250,000… namun kuasa membeli anda ketika itu tak lagi sama seperti hari ini. Entah-entah RM250,000 tu nak beli rumah murah pun dah tak mampu.

Harga barangan mungkin jauh lebih tinggi berbanding hari ini. Inilah kesan inflasi. Wang anda sebenarnya dimakan tanpa anda sedar. Bukan ingin menakutkan, tetapi anda perlu sedar realiti ini dan seharusnya mula buat sesuatu untuk mengatasinya.

Pelaburan Aset

Pelaburan aset adalah benteng kepada permasalahan inflasi. Ini kerana seiring dengan kenaikan harga barangan, aset juga boleh bertambah nilai. Malah mungkin aset berganda lebih pantas.

Aset ada banyak jenis. Kita ada pilihan untuk melabur dalam saham, unit trust, emas, pasaran hadapan, sukuk, hartanah, REIT, dan lain-lain produk. Masing-masing membawa risiko yang berbeza.

Ya, anda tak silap baca. RISIKO. Jujur kata, pelaburan sangat berkait rapat dengan risiko. Jika tiada risiko, maka itu bukanlah pelaburan. Kemungkinan besar SCAM.

Asyik takut dengan risiko, sampai bila nak duduk di takuk yang sama? Bak kata pepatah “no guts, no glory” dan “the higher the risk, the higher the rewards”. Paling penting untuk pelabur belajar teknik dan strategi yang betul supaya risiko dapat dikurangkan. Pelaburan tanpa ilmu ibarat macam berjudi. Anda wajib tahu apa yang anda buat dalam pelaburan.

Bukan hanya dapat melawan inflasi, tetapi ramai tak tahu pelaburan saham sebenarnya adalah lubuk kekayaan dunia. Graviti kewangan yang memberi impak langsung kepada ekonomi negara. Orang terkaya dunia semua melabur saham beb!

“Macam mana nak mula melabur?”

Untuk soalan ni anda ada 2 pilihan.

1. Belajar melabur sendiri. Sediakan masa dan sedikit modal untuk komited dan konsisten belajar teknik pelaburan. Memerlukan kesabaran yang tinggi, tak ada orang yang terus pandai melabur dalam masa 1 hari.

2. Serah kepada pakar untuk uruskan dana. Option ini lebih mesra kepada mereka yang tiada masa untuk uruskan risiko sendiri dan mahukan peace of mind. Namun tak kisah pulangan sedikit rendah berbanding buat sendiri. Pastikan pelabur professional tersebut mempunyai lesen yang sah daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sama ada anda berikan wang kepada fund manager untuk buat portfolio khas untuk anda (private mandate), atau anda boleh juga beli unit trust yang diuruskan oleh fund manager tersebut.

Konklusi

Adakah simpanan tu penting? Ya, untuk emergency. Adakah pelaburan tu penting? Ya, untuk mengekalkan purchasing power anda di masa akan datang.

Best artikel kali ni?
Jangan lokek tekan SHARE supaya keluarga dan rakan-rakan anda pun dapat informasi penting ni.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top