fbpx

Modus Operandi Terbaru Scam Penipuan?

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai jenis scam yang tumbuh bak cendawan. Penipuan-penipuan ini muncul dengan bermacam-macam jenama. Apa yang kekal sama adalah ‘bisnes’ tak bertahan lama dan wang pelanggan atau pelabur dilarikan.

Antara modus operandi yang menjadi bualan ramai baru-baru ini adalah sistem yang meminta penggunanya untuk membuat sebarang task dan akan diupah dengan ganjaran yang sebenarnya tidak masuk akal. Yang mula menimbulkan keraguan adalah apabila pengguna perlu membayar pula untuk mendapatkan task yang lebih banyak.

Hal ini mendapat perhatian agamawan dan menjadi perbincangan hangat apabila terdapat pelbagai sudut pandang. Pada awalnya, kelihatan seperti tiada masalah kerana pengguna boleh mengeluarkan wang hasil usaha mereka. Biasanya, inilah taktik yang digunakan agar pengguna akan menguar-uarkan tentang skim mereka dan menarik lebih ramai lagi mangsa. Yang sudah sertai pula pasti berasa lebih seronok untuk upgrade akaun mereka.

Namun, ciri skim ponzi semakin terserlah apabila akaun pengguna mula dibekukan. Pengeluaran wang tidak dapat dilakukan atas pelbagai alasan. Malah, ada ‘syarikat’ yang menawarkan atau memaksa wang pelanggan ditukar kepada bentuk aset yang lain dan berjanji aset tersebut boleh dicairkan dengan syarat pengguna perlu menambah wang deposit.

Rakyat Malaysia tolonglah sayang dengan duit hasil penat lelah tu. Sudah-sudahlah percaya kepada money game seperti ini. Langkah ke hadapan dan educate diri sendiri supaya lebih faham tentang konsep pelaburan yang betul. Belajar untuk letakkan wang di tempat yang betul. Amalkan untuk semak dahulu reputasi sebelum percaya sesuatu perkara.

Contoh jika ingin melabur, pastikan orang yang deal dengan kita berlesen. Pastikan sistem yang digunakan berlesen. Pastikan wang kita dimasukkan ke syarikat atau broker yang berlesen.

Bantu kami share agar lebih ramai sedar dan berhati-hati di masa akan datang.

4 thoughts on “Modus Operandi Terbaru Scam Penipuan?”

  1. Avatar
    Geofrey Joeharzy B.Selvester Kusua

    Di zaman yg serba modern dan canggih ini,kita seringkali tertipu dgn org2 yg x bertanggungjawab dgn pelbagai penipuan yg ada…ini sudah lapuk,dan seringkali berlaku…tapi masih byk yg tak sedar dan terus menjeratkan diri menjadi mangsa keewangan terutamanya….yg sedar tapi sengaja memerangkap diri tu xpelah…tapi yg kasihan adalah mereka2 yg x berdosa dan terus terjebak dan terpengaruh dgn org2 hadapan itu sendiri….”x kaya xpe,janji betol”

    1. Avatar

      Betul tuan, kasihan dengan mereka yang tertipu. Sebab tu perlunya educate masyarakat supaya hanya melabur dengan mereka yang berlesen. Jangan mudah terikut dengan janji manis pulangan yang tidak realistik. Terima kasih tuan atas peringatan. Kita sama-sama didik masyarakat saluran yang betul dalam pelaburan saham. Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top