Nak Jadi Pelabur Berjaya Tak Perlu Tahu Semua Benda

Banyak membaca adalah perkara yang bagus dan sangat disarankan. Dah tentunya boleh menambah ilmu pengetahuan secara lebih meluas.

Namun jangan anda tertukar pula, tahu semua benda bukan penentu anda akan berjaya dalam pelaburan atau tidak. Tahu secara meluas dan tahu secara mendalam adalah 2 perkara yang berbeza.

Bukanlah kami menyuruh anda mencari shortcut dalam trading. Tidak sesekali kerana perkara sebegitu tidak pernah wujud. Sebaliknya, kami dah lihat ramai orang yang tahu macam-macam tentang saham, tetapi masih belum berjaya konsisten dalam bidang ini.

Malah kadang-kadang tahu banyak akan membuatkan kita lebih keliru. Terlalu banyak informasi yang perlu dihadam. Ibarat seperti lampu isyarat yang tujuan asalnya adalah untuk mengawal lalu lintas supaya lebih lancar dan selamat. Cuma jika terlalu banyak lampu isyarat juga boleh jadi penyebab kepada kesesakan yang lebih teruk.

Nasihat kami, belajarlah untuk fokus, fokus dan fokus. Jangan biarkan diri anda dibuai dengan informasi tidak penting. Contoh mudah sekiranya anda mahu melabur bersandarkan technical analysis, maka tekankan perhatian anda kepada ilmu technical analysis.

Ini tidak. Sekejap trade sebab tengok news. Sekejap trade ikut kata-kata orang. Sekejap trade sebab tengok semua orang beli. Sampai bila nak kekal macam tu? Anda tidak akan tahu sama ada teknik anda berkesan selagi mana anda tidak belajar untuk konsisten dalam melaksanakan pelaburan.

Cuba 1 teknik sekurangnya 10 kali baru anda akan tahu berapa kebolehupayaan untuk menang dan berapa pula peratusan pulangan. Jika anda hanya cuba 1 kali, bagaimana anda hendak tentukan ianya bagus atau tidak?

Akhir kata, ingatlah dalam market ada terlalu banyak noise. Menjadi pilihan anda sama ada mahu habiskan masa dengan perkara yang tidak ada kena mengena, atau anda mahu fokus terus kepada pembangunan disiplin diri dan kawalan risiko.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top