fbpx

Jadi Supertrader Express Dengan Hanya 1 Hari Belajar?

“EXPRESS”

Satu perkataan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya bukanlah membawa maksud yang tak elok. Saya sendiri pun sukakan sesuatu yang cepat. Saya tak suka buang masa.

Namun express mestilah kena dalam konteks yang betul. Bukan semua benda boleh cepat. Seperti makanan mewah, semestinya tak boleh menandingi kepantasan mi segera apabila memasaknya.

Vega Hermosa ditubuhkan untuk melahirkan traders berjaya. Namun kami bukanlah kilang instant traders. Kami percaya kepada proses dan sistem yang betul. Untuk benar-benar jadi trader berjaya, kemahiran perlu dibentuk dengan acuan masa dan pengalaman.

“Jadi, berapa lama masa diperlukan untuk saya mula jadi trader sebenar?”

Jawapannya sangat subjektif. Bergantung kepada fokus, kecekapan anda menerima input baru, dan masa yang anda luangkan untuk melatih diri.

Ada orang senang catch up. Dalam 1 bulan dah boleh buat profit secara konsisten tiap bulan.

Ada orang ambil masa bertahun. Malah ada yang dah 5 tahun pun masih buntu belum jumpa jalannya.

“So, ada shortcut tak untuk cepat mahir?”

Untuk terus pandai dalam 1 hari belajar memang satu misi mustahil. Kecuali kalau anda memang lahir dah genius. Anda tak perlu jadi genius pun untuk pandai dalam saham. You just need to allow yourself to learn.

Jalan pintas dalam mempelajari ilmu baru tak lain tak bukan adalah BELAJAR DENGAN BIMBINGAN. Yes it does sound cliche. Tapi bayangkan berapa banyak masa kita jimat jika ada yang menegur salah silap kita. Berapa banyak wang kita selamat jika ikut cara yang betul.

Anda nak trial and error, tiada masalah. Silakan. Tak ada siapa marah. Pergilah belajar dengan Google dan Youtube. Good luck lah dengan cara tu.

Nak terus dapat kaedah trading yang simple tapi power, kami jemput anda belajar terus dengan DDNK secara PERCUMA dalam seminar Menang Saham atau yang lain.

Atau anda boleh masuk “kem” untuk dilatih secara bertubi-tubi oleh DDNK dan team. Kami akan wajibkan anda ikut method yang betul dengan latihan-latihan secara berterusan. Yang ini bukan belajar sehari, tapi komitmen kita berbulan-bulan. Ya, perlu berbulan kami guide kerana bukan mudah nak hilangkan habit lama manusia yang dah tersasar ni.

Akhir kata, tak ada supertrader yang lahir secara express. Belajarlah untuk ikut proses. Ikut rules. Ikut sistem. Kerana ini perkara paling penting bila anda terjebak dalam dunia saham nanti.

Pilihan FREE ada, pilihan untuk extend lagi pembelajaran pun ada. Apa lagi alasan anda untuk tak terlibat dalam saham?

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

25 thoughts on “Jadi Supertrader Express Dengan Hanya 1 Hari Belajar?”

  1. Avatar

    Saya ingin jugak belajar dgn lebih lg nnti dato buat kelas offline, sebb dgn online rasa x boleh nk follow sebb x bersemuka

  2. Avatar

    Saya belajar tiada tempoh…bila boleh pandai dalam Trade sebab otak saya ni lembab sikit… Lambat pick up.. so kena belajar sedikit demi sedikit sehingga pandai dalam Trade… In Shaa Allah…

  3. Avatar

    Saya harap DDNK boleh kemdalikan Amazing investor secara face to face,bukan online. Saya akan join AI kalau buat kelas face to face. Kelas online tidak sesuai untuk semua orang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top