fbpx

Jadi Supertrader Express Dengan Hanya 1 Hari Belajar?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

“EXPRESS”

Satu perkataan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Ianya bukanlah membawa maksud yang tak elok. Saya sendiri pun sukakan sesuatu yang cepat. Saya tak suka buang masa.

Namun express mestilah kena dalam konteks yang betul. Bukan semua benda boleh cepat. Seperti makanan mewah, semestinya tak boleh menandingi kepantasan mi segera apabila memasaknya.

Vega Hermosa ditubuhkan untuk melahirkan traders berjaya. Namun kami bukanlah kilang instant traders. Kami percaya kepada proses dan sistem yang betul. Untuk benar-benar jadi trader berjaya, kemahiran perlu dibentuk dengan acuan masa dan pengalaman.

“Jadi, berapa lama masa diperlukan untuk saya mula jadi trader sebenar?”

Jawapannya sangat subjektif. Bergantung kepada fokus, kecekapan anda menerima input baru, dan masa yang anda luangkan untuk melatih diri.

Ada orang senang catch up. Dalam 1 bulan dah boleh buat profit secara konsisten tiap bulan.

Ada orang ambil masa bertahun. Malah ada yang dah 5 tahun pun masih buntu belum jumpa jalannya.

“So, ada shortcut tak untuk cepat mahir?”

Untuk terus pandai dalam 1 hari belajar memang satu misi mustahil. Kecuali kalau anda memang lahir dah genius. Anda tak perlu jadi genius pun untuk pandai dalam saham. You just need to allow yourself to learn.

Jalan pintas dalam mempelajari ilmu baru tak lain tak bukan adalah BELAJAR DENGAN BIMBINGAN. Yes it does sound cliche. Tapi bayangkan berapa banyak masa kita jimat jika ada yang menegur salah silap kita. Berapa banyak wang kita selamat jika ikut cara yang betul.

Anda nak trial and error, tiada masalah. Silakan. Tak ada siapa marah. Pergilah belajar dengan Google dan Youtube. Good luck lah dengan cara tu.

Nak terus dapat kaedah trading yang simple tapi power, kami jemput anda belajar terus dengan DDNK secara PERCUMA dalam seminar Menang Saham atau yang lain.

Atau anda boleh masuk “kem” untuk dilatih secara bertubi-tubi oleh DDNK dan team. Kami akan wajibkan anda ikut method yang betul dengan latihan-latihan secara berterusan. Yang ini bukan belajar sehari, tapi komitmen kita berbulan-bulan. Ya, perlu berbulan kami guide kerana bukan mudah nak hilangkan habit lama manusia yang dah tersasar ni.

Akhir kata, tak ada supertrader yang lahir secara express. Belajarlah untuk ikut proses. Ikut rules. Ikut sistem. Kerana ini perkara paling penting bila anda terjebak dalam dunia saham nanti.

Pilihan FREE ada, pilihan untuk extend lagi pembelajaran pun ada. Apa lagi alasan anda untuk tak terlibat dalam saham?

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

24 thoughts on “Jadi Supertrader Express Dengan Hanya 1 Hari Belajar?”

  1. Saya ingin jugak belajar dgn lebih lg nnti dato buat kelas offline, sebb dgn online rasa x boleh nk follow sebb x bersemuka

  2. Saya belajar tiada tempoh…bila boleh pandai dalam Trade sebab otak saya ni lembab sikit… Lambat pick up.. so kena belajar sedikit demi sedikit sehingga pandai dalam Trade… In Shaa Allah…

  3. Saya harap DDNK boleh kemdalikan Amazing investor secara face to face,bukan online. Saya akan join AI kalau buat kelas face to face. Kelas online tidak sesuai untuk semua orang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top