fbpx

Niat Di Hati Nak Tibai Market Buat Duit Kaw-kaw…

Niat di hati nak tibai market buat duit kaw-kaw…
Sekali kau yang kena tibai duluuuu…..

Biasa kena keadaan macam ni?
Macam mana rasa?
Geram kan?

Sebelum tekan BUY tu semua nampak hijau. Elok je lepas je tekan…. semua merah!!

Ya Allah..
Tuhan je tahu betapa peritnya di dalam hati….

Anda tahu somewhere anda ada buat silap. Tapi tak tahu kat mana silapnya. Apa yang kami perhatikan, kesilapan ramai trader dalam hal ni adalah sifat yang selalu TERBURU-BURU. Yang ni sangat bahaya.

Bila terburu-buru, anda akan cenderung untuk membuat keputusan yang tidak matang. Ini boleh membawa kepada entry yang tidak sharp.

Kalau entry pun dah silap, memang gelabah laa tengok kaunter tu tersembam. Nak exit kat mana pun tak jumpa pintu dah.

Sepatutnya anda tak perlu terkejar-kejar pun nak entry. Market tak lari ke mana pun. Akan sentiasa ada peluang untuk BUY semula. Hari tak sempat, esok market masih buka. Kalau tengah holiday dengan family atau lepak dengan kawan-kawan, lepas setel urusan pun masih boleh trade.

Buat trading plan kemas-kemas. Kira Risk-Reward Ratio. Plan untuk Money Management. Entry hanya bila ada potensi dan berbaloi sahaja.

Ingat, jadi trader mesti SABARRR.

Jika anda rasa perkongsian macam ni bermanfaat, sila Like dan Tag rakan anda yang selalu lost dalam trading. Kita saling memperingati antara satu sama lain ya.

7 thoughts on “Niat Di Hati Nak Tibai Market Buat Duit Kaw-kaw…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top