fbpx

Nvidia Bakal Sertai Kumpulan Tech’s Trillion-Dollar?

Nvidia adalah sebuah syarikat teknologi gergasi multi-nasional yang berpengkalan di Silicon Valley. Terkenal sebagai raja “Graphics Processing Unit” (GPU), Nvidia menguasai dunia gaming dan industrial hardware dengan aplikasi artificial intelligence sebagai tulang belakangnya. Ketika artikel ini ditulis, syarikat ini bernilai sekitar $332 billion USD.

Namun terbaru, Nvidia sedang dalam usaha mengambil alih ARM, syarikat semikonduktor berpengkalan di UK daripada Konglomerat Jepun terkenal, SoftBank dengan nilai $40 billion USD.

Pengeluar chipset ini memiliki 90% market share dalam pasaran handheld device dan IoT (Internet-of-Things) computing. Dikatakan pemilikan ARM ini juga mampu memberi tamparan kepada Intel & AMD yang memonopoli x86 architecture.

Sekiranya Nvidia mendapat regulatory approval daripada US, UK, European Union dan China untuk menyempurnakan pemerolehan ARM $40 bilion, maka Nvidia berpotensi menjadi ahli kelab trillion-dolar teknologi, menurut RBC Capital Markets.

Business Insider menyatakan baru-baru ini, Apple juga mengumumkan bahawa ia akan cenderung ke arah merancang silicon chip berasaskan ARM sendiri bagi komputer Mac. Penganalisis menjangkakan Microsoft dan pereka perkakasan Windows lain turut akan mengikut jejak langkah ini kerana cip ARM lebih murah, lebih cekap kuasa, dan semakin berkuasa.

Sumber: CNBC

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top