fbpx

Nvidia Mula Menekan Intel, Mahu Cipta Cip Pemprosesan Baru

Sekiranya anda adalah seorang gamer atau computer geek, anda mungkin tahu yang Nvidia biasanya ‘berkawan baik’ dengan Intel.

Ini kerana cip Intel yang bertindak sebagai central processing unit (CPU) boleh duduk sebelah-sebelah dengan cip Nvidia yang berfungsi sebagai graphics processing unit (GPU) atau hardware terbaik untuk menguasakan video gaming.

Tapi siapa sangka kalau mereka akan menjadi lawan jua suatu hari nanti?

Nvidia pada Isnin lalu menyatakan mereka akan mengeluarkan CPU pertama mereka. Bukan 2x atau 3x ganda, tetapi mereka turut mendedahkan yang CPU terbaru ini boleh beroperasi 10x ganda lebih laju berbanding cip pemprosesan yang sedia ada di pasaran.

Wow!

Menurut Grace, saintis komputer terkemuka, cip ini akan menggunapakai teknologi daripada Arm Ltd., sebuah syarikat pereka cip di UK yang masih dalam proses untuk dibeli oleh Nvidia.

Nvidia telah berjaya mengatasi Intel pada tahun lalu sebagai pengeluar cip terbesar mengikut market value.

Pada hari Isnin, harga saham Intel Corporation telah menerima tamparan sebanyak -$2.85 (-4.18%) manakala saham Nvidia telah melonjak +$32.36 (+5.62%) hanya dalam sehari.

Sumber: The Wall Street Journal

Amacam?

Teknologi sentiasa berkembang dan setiap syarikat perlu berusaha keras cari jalan memajukan diri untuk kekal relevan di dalam pasaran. Adakah anda suka dengan berita ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

2 thoughts on “Nvidia Mula Menekan Intel, Mahu Cipta Cip Pemprosesan Baru”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top