fbpx

Occidental Yakin Perniagaan Karbon Rendah Mampu Tandingi Minyak

Ketua Eksekutif Occidental Petroleum Corp , Vicki Hollub,  memberitahu penganalisis pada hari Selasa lepas bahawa perniagaan karbon rendah mereka akan menjana pendapatan selari dengan perniagaan pengeluaran minyak dan gas pada dekad akan datang. 

Occidental telah menjadi syarikat pengeluar minyak terawal dalam US yang memasang hasrat mencapai sifar pelepasan karbon. Syarikat tersebut juga telah menubuhkan kumpulan karbon rendah untuk komersialkan proses menarik karbon diosikda terus daripada permukaan atmosfera yang dikenali sebagai “direct air capture.”

Syarikat usaha sama dibangunkan syarikat Occidental telah mendapat kontrak kejuruteraan dan seni bina untuk fasiliti penangkapan udara secara langsung (direct air capture facility) di Permian Basin. Kerja tersebut akan siap pada 2022 dan kerja pembinaan akan mengambil masa selama 18 bulan hingga 2 tahun, dinyatakan oleh Hollub. Occidental akan bekerjasama bersama syarikat lain untuk membiayai projek tersebut. 

“Kami akan menyediakan solusi untuk rakan dan industri lain seperti penerbangan dan utiliti dimana ia adalah sebahagian daripada strategi rendah-karbon kami.” Hollub berkata. “Industri tersebut tiada alternatif lain untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint).”

Syarikat tersebut mengemukakan kerugian dalam penyata kewangan untuk suku tahunan keempat walaupun harga minyak menaik. Occidental mempunyai kerugian sebelum cukai sebanyak $1.1 bilion dalam perniagaan minyak dan gas untuk suku tersebut, walaupun unit tersebut mempunyai keuntungan sebanyak $921 juta dalam suku keempat 2019.

Saham jatuh sebanyak 2% kepada $25.92 pada Selasa lepas.

Impak teruk kesan daripada cuaca sejuk melampau di Texas pada minggu lepas yang menyebabkan keputusan pengeluaran minyak tergendala buat sementara waktu. Hollub berkata, 90% pengeluaran minyak dan gas syarikat Occidental telah kembali beroperasi. 

Kos penutupan dan sambung semula sejak cuaca musim sejuk belum dikira lagi, Hollub berkata. “Tetapi berita baiknya adalah tiada kerosakan kekal dan aktiviti di telaga minyak semakin pulih.”

Sumber: Jennifer Hiller, Reuters

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top