PepsiCo Ingin Memperluas Pengaruh Di China Bersama Dada Group

PepsiCo telah mengumumkan usahasama strategik dengan platform peruncit dan penghantaran atas permintaan tempatan dari China, Dada Group untuk meluaskan pegangan saham di dalam pasaran minuman berkarbonat.

Tujuan utama dalam kerjasama ini adalah untuk menjadi “flagship” di dalam industri minuman berkarbonat dengan menambah baik pegedaran secara dalam talian dan usaha pemasaran ke seluruh rantaian bekalan.

Pepsico telah bekerjasama dengan JDDJ, Platform tempatan penghantaran atas permintaan, sejak 2018 dan kempen yang telah dijayakan adalah seperti Pakej Bola Sepak PepsiCo, acara UEFA Champions League dan kempen PepsiCo bertemakan “For The Love of It”. Oleh itu, jualan PepsiCo telah meningkat lebih daripada 40% untuk jualan minuman berkarbonat disebabkan oleh JDDJ.

PepsiCo mengumumkan pelancaran kempen pemasaran berjudul “Bring Happiness Home” berkolaborasi bersama JDDJ. Asalnya diwujudkan pada 2012 oleh PepsiCo dan kempen ini menjadi salah satu kempen yang mendapat sambutan hangat dan sering ditunggu-tunggu semasa sambutan Hari Raya Cina.

JDDJ sertai kempen tersebut pada 2020 dan menerima sebanyak 170 juta tontonan secara dalam talian, ini menyebabkan jualan pepsiCo dalam platform tersebut naik sebanyak 2 kali ganda berbanding tahun lepas.

Sumber: TipRanks

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top