fbpx

Pilihanraya US 2020 Dan Kesan Terhadap Pasaran

Ramai daripada kita tahu yang pilihanraya adalah antara katalis terbesar yang boleh menggerakkan pasaran secara keseluruhan, sama ada secara positif ataupun negatif.

Dan kita tahu US baru sahaja melaksanakan pilihanraya bermula 3 November 2020. Ianya belum lagi berakhir kerana kali ini berbeza. Pilihanraya diadakan di kala pandemik Covid-19. Pengundi kali ini lebih ramai daripada sebelumnya melalui mail-in ballots. Untuk menang pilihanraya Presiden US, Donald Trump atau Joe Biden perlu menang 270 electoral votes.

Pilihanraya Presiden US sedang berlangsung (Sumber: Google)

Sekiranya bertukar presiden, berkemungkinan besar polisi kerajaan juga sedikit sebanyak akan berubah dan ini semestinya akan mempengaruhi ekonomi negara. Maka sektor dan industri tertentu akan menerima tempiasnya. Contohnya Biden mungkin lebih menyokong pembangunan teknologi sustainable energy. Maka anda boleh pantau saham-saham dengan tema ini secara lebih dekat.

Walaupun kedua-dua calon ini mempunyai peluang yang hampir sama untuk menang, namun kelihatan di saat artikel ini ditulis undian Biden mendahului Trump. Lantaran tidak berpuas hati, Trump mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap 5 negeri atas tuduhan cubaan untuk menipu dalam pilihanraya.

Katanya:
“If you count the legal votes, I easily win.
“If you count the illegal votes they can try to steal the election from us.”

Untuk menyelesaikan isu ini boleh jadi mengambil masa berminggu juga. Kita tahu siapa sahaja menang, biasanya memberikan impak positif kepada pasaran. Ini dapat dilihat dalam tempoh beberapa hari yang lalu, pasaran telah membuat kenaikan dengan mendadak.

Indeks S&P500 naik 4 hari berturut-turut sejak awal November 2020.
Carta ditunjukkan hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.

Namun sekiranya keputusan tergantung untuk tempoh yang agak lama, apa yang paling dibimbangkan adalah pasaran akan kembali jadi tak menentu.

Nak kekal ‘hidup’ lama dalam pasaran? Ramai pakar dalam trading menyarankan ketika ketidaktentuan memuncak, jalan terbaik adalah kurangkan position sizing. Jangan trade secara berlebihan. Money management perlu lebih ketat. Sentiasalah berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan. Hari yang cerah boleh hujan bila-bila masa.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top