fbpx

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana insan seperti ini sentiasa berusaha mencari jalan memperbaiki diri dan mahukan kemahiran mereka kekal relevan dalam apa jua bidang dari semasa ke semasa.

Di kala orang lain berkeluh kesah sepanjang PKP, menghabiskan waktu mereka dengan meluahkan 1001 kekesalan dan kekecewaan di ruang media sosial, golongan ini mengambil inisiatif meluangkan hari demi hari dengan menimba ilmu pengetahuan.

Ya, kita rindu untuk travel…
Ya, kita rasa bosan duduk di rumah…
Ya, kita rasa stuck tak tahu nak buat apa…

Tetapi kita sekarang bukan lagi hidup zaman batu, tinggal di dalam gua. Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai akses kepada internet. Capaian unggul ke pelbagai sumber maklumat.

Sewaktu bekerja di pejabat dahulu kita mengeluh tiada waktu. Kenapa hari ini kita masih mengeluh apabila dikurniakan masa yang lapang? Kenapa tidak kita manfaatkan sebaiknya?

Kita boleh sahaja layari Youtube dan belajar kemahiran baru. Belajar memasak, menjahit, graphic design, video editing, dan mana-mana kemahiran profesional lain yang kita minati.

Malah terdapat banyak kursus-kursus yang boleh anda ikuti dan ditawarkan secara percuma seperti di Udemy, Coursera, edX dan banyak lagi.

Ujian hari ini kita tak tahu sampai bila. Mungkin kita tak mampu mengubah situasi dalam sekelip mata. Tetapi apa yang mampu kita ubah adalah diri kita.

Ingat, negara dihuni oleh kelompok masyarakat, yang mana diwakili oleh keluarga-keluarga, dan tunggaknya adalah setiap individu dalam keluarga tersebut. Jika tidak mampu menguruskan diri sendiri, usah bermimpi untuk mengubah kesemuanya.

Jadi tepuk dada tanya diri. Adakah PKP kali ini kita masih sama seperti dulu dan tidak belajar apa-apa? Anda sendiri tentukan ya ataupun tidak.

Sekiranya anda mahu belajar tambah pendapatan secara online, inilah peluang terbaik untuk anda belajar pelaburan saham bersama Dato’ Dr. Nazri Khan, pengurus wang pelaburan bertauliah. Anda boleh belajar melalui Youtube atau Facebook Page beliau. Banyak ilmu pelaburan yang dikongsikan secara percuma.

Tak cukup lagi?

Apa kata anda sertai seminar Menang Saham Online 3.0 yang akan diadakan secara percuma bermula Julai nanti. Kelas 8 jam ini akan menekankan step-by-step kaedah pelaburan untuk newbie. Sesuai jika anda sedang tercari-cari rentak hendak bermula. Daftar percuma di www.menangsaham.com untuk dapatkan bonus E-book ’11 Karakter Pelabur Jutawan Berjaya’. Tawaran terhad.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top