fbpx

Buku Menang Saham - Technical Analysis

RM349.90

 

“MENANG SAHAM” – kemenangan sudah bermula apabila anda membuat keputusan untuk mendapatkan naskhah ini. Bukan kami mahu masuk bakul dan angkat sendiri namun memang tiada lagi naskhah yang menceritakan secara terperinci ilmu fundamental pelaburan global dalam Bahasa Melayu yang isinya seperti buku ini.

Kami bahagikan naskhah ini kepada 3 fasa penting bagi memenuhi keperluan bakal pembaca. Fasa pertama merupakan asas lengkap pelaburan global yang wajib di ketahui oleh setiap pelabur. Pembaca akan terus menerus di sumbat dengan topik merangkumi aset, risiko dan fundamental penting. Isu shariah dan zakat juga kami sertakan sebagai panduan kerana kami faham bahawa segala keuntungan dan keputusan yang bakal di buat oleh pedagang perlu berlandaskan agama islam itu sendiri.

Fasa kedua, kami hidangkan dengan ilmu teknikal analisis. Padat dengan analisis carta berserta kajian dan trading set-up yang lengkap untuk di hadam oleh pembaca. Gaya carta DDNK yang di kongsikan dalam buku ini boleh terus di gunakan sebagai latihan atau menjana keuntungan. Tiada omong kosong. Seterusnya pada fasa ketiga buku ini, kami bulatkan dengan gaya dan cara hidup supertrader yang boleh anda jadikan pedoman untuk menongkah arus ombak ganas pasaran saham global yang mencabar.

Semasa perbincangan menghasilkan karya ini, tujuan kami hanya satu. Kami tidak mahu membazirkan masa kami dan pembaca dengan ilmu picisan. Kami mahu penerima naskhah ini mendapat hasil yang memuaskan hati. Kami berharap, usai membaca buku ini nanti pembaca dapat mengaplikasikan ilmu dan menajamkan lagi ilmu yang sedia ada.

KOMPREHENSIF, mantap dan lengkap. “MENANG SAHAM” – persediaan menjadi pelabur global yang Berjaya!

Penghantaran akan mengambil masa selama 2 minggu pada waktu bekerja sahaja (bergantung pada logistik).

Scroll to Top