JURULATIH PELABURAN SAHAM GLOBAL #1 MALAYSIA

ddnk 2020 menang saham

Dato Dr. Nazri Khan (License No: eCMSRL/B9561/2019) adalah lulusan Ijazah Ekonomi Dan Kewangan dari Universiti Manchester, United Kingdom. Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Inter-Pacific Asset Management dan merupakan pengurus wang bertauliah di dalam pasaran saham global. 

Sebelum ini beliau adalah Naib Presiden Kanan Pelaburan Phillip Capital Management dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Bank. Beliau berpengalaman selama hampir 23 tahun sehingga ke peringkat antarabangsa didalam ekonomi dan pasaran saham serantau.

Dato Dr. Nazri Khan adalah Pengerusi dan Pengasas Persatuan Saham Bertaraf Dunia, Persatuan Teknikal Analisis Malaysia (MATA) yang baru-baru ini berjaya membawa 300 delegasi seluruh dunia ke Konferens Antarabangsa bertempat di KLCC yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dato' Dr. Nazri Khan

Beliau juga merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan, Hermana Capital Berhad dan bekas Ketua Penyelidik MIMB Investment Bank serta pernah berkecimpung dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

Dato Dr. Nazri Khan turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang Pasaran Saham seperti TV3, TV1, Astro Awani, Bloomberg, CNBC, TV Al Hijrah, The Star, The Edge, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia.

23 tahun

Pengalaman

1000+

Program

pemenang

anugerah

Selain dari itu, Dato Dr Nazri Khan telah dinobatkan sebagai salah seorang daripada ‘Financial Service Industry’ dari The ONE Awards 2018 (Malaysia Outstanding National Entrepreneurs 2018) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau juga diiktiraf sebagai Top Opinion Leader 2015-2017 dan Social Influencer 2019 Outstanding Contributions di BursaMarketPlace dari Bursa Malaysia.

Alamat Pejabat

F-1-1, Block F Encorp DeStrand The Garden Office Jalan PJU 5/1, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

Copyright © 2020, Seminar Menang Saham. All Rights Reserved.