Reddit Sudah Bersedia Jadi Syarikat Awam?

Masih ingat lagi dengan GameStop?

Ya, saham yang panas tak lama dahulu berikutan ‘peperangan’ antara pelabur runcit yang membeli saham tersebut dengan agresif melawan hedge funds yang memulakan posisi short.

Segalanya bermula dengan forum di Reddit. Begitu kuatnya pengaruh pengguna Reddit sehingga mampu menggegar dan mencipta sejarah dalam dunia pelaburan saham AS.

Terbaru, syarikat Reddit telah berkata pada hari Rabu lalu bahawa mereka sudahpun memfailkan permohonan secara sulit kepada U.S. Securities and Exchange Commission untuk mengapungkan saham syarikat tersebut di bursa AS (IPO).

Syarikat yang bertapak di San Francisco ini telah dinilaikan pada $10 bilion melalui kutipan dana daripada pelabur swasta tahun ini dan menyasarkan nilai melebihi $15 bilion menurut laporan Reuters September lalu.

Antara pelabur terbesar termasuklah Fidelity Investments, Andereessen Horowitz, Sequoia Capital dan Tencent Holdings.

Namun setakat ini Reddit masih belum mendedahkan jumlah tawaran saham mahupun julat harga IPO di dalam kenyataan yang dibuat.

Sumber Reuters

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top