Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Setiap pelaburan adalah tertakluk kepada risiko tersendiri dan tidak menjanjikan keuntungan tetap di masa akan datang. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu ‘isyarat’ kepada anda yang patut dibeli dijual atau tidak. Sebarang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli adalah keputusan sendiri. Program latihan ini direka untuk membimbing peserta dalam mempelajari cara memulakan jual beli (trading) dalam instrumen tertentu, dengan pemilihan yang sesuai berdasarkan pengurusan kewangan yang betul serta tahap risiko yang diambil. Harap maklum bahawa dunia trading melibatkan risiko yang perlu ditanggung oleh setiap peserta. Kejayaan atau kegagalan dalam trading bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk latihan berkala, ilmu yang diperoleh, disiplin, ketekunan, sikap, kerja keras, serta kesabaran individu. Tiada jaminan keuntungan diberikan, dan setiap keputusan yang dibuat adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.