Ruginya Tak Melabur! Ini 7 Kelebihan Pelaburan Di Pasaran Saham

Walaupun penglibatan umat Islam dalam pengangan ekuiti masih kurang memberangsangkan, namun semakin hari semakin ramai yang celik tentang kepentingan melabur saham. Ya, pegangan dalam ekuiti teramatlah penting kerana ianya melambangkan kekuasaan terhadap ekonomi.

Pun begitu, janganlah kita marah atau sindir rakan-rakan yang masih belum menyedari hakikat ini atau yang masih skeptikal dengan pelaburan yang sah dan patuh syariah. Kerana sekiranya mereka faham tentang kelebihan dalam pelaburan saham, pastinya mereka juga mahu jadikan pelaburan saham sebagai sumber pendapatan alternatif dengan sendirinya.

Tugas kita hanyalah berkongsi info untuk menyedarkan masyarakat agar jangan mudah terpedaya dengan janji manis skim penipuan pelaburan dan mula serius mencari saluran yang sah di sisi undang-undang.

Di sini kami kongsikan 7 kelebihan pelaburan di pasaran saham yang boleh anda ceritakan kepada rakan-rakan anda.

1. Jana Pendapatan Pasif

Passive income adalah solusi terbaik bagi mereka yang busy atau bekerja secara full-time. Yalah, bukan semua orang mampu untuk jalankan perniagaan sendiri untuk tambah pendapatan. Perniagaan memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan tumpuan penuh untuk mengembangkan empayar.

Lain ceritanya dengan pelaburan saham di mana anda hanya perlu meluangkan masa kira-kira antara 30 minit sehingga 1 jam sahaja setiap hari untuk mengkaji pasaran.

Bagaimana pula jika anda sibuk pada hari tersebut? Anda boleh sahaja rehat daripada melabur. Pelaburan saham ni ikut masa anda sendiri, kerja bila-bila masa, cuti pun bila-bila masa! Saham adalah perniagaan yang anda tak perlu iklankan produk, tak perlu pegang stok barang, tak perlu cari customer, tak perlu keluar berinteraksi dengan orang, tak perlu buat sebarang panggilan, dan tiada sistem piramid cari downline. Sambil berkain pelikat dalam bilik pun boleh jual beli saham. Best kan?

2. Mampu Mengatasi Inflasi

RM10 hari ini dan RM10 pada 20 tahun lepas tak sama. Nombor tak berubah tapi nilai berbeza. Dengan jumlah itu, anda mungkin hanya mampu beli 3-4 bungkus nasi lemak telur mata sahaja berbanding 20 tahun lepas, anda mungkin boleh dapat 10 bungkus!

Inilah kesan inflasi yang melemahkan nilai ringgit kita. Wang yang kita simpan dalam tempoh lama, akan berkurang kuasa membelinya. Oleh kerana itu, pelaburan dapat mengatasi inflasi dengan mengembangkan wang simpanan kita.

Anda lagi suka wang tidak bergerak atau wang yang membiak?

3. Tempoh Masa Yang Fleksibel

Ada sebahagian aset lain seperti hartanah memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk menampakkan hasil. Mungkin perkembangan nilai tu boleh dilihat dalam tempoh 10 tahun lagi.

Manakala pelaburan saham pula, jika anda tahu caranya, anda boleh nampak result dalam tempoh yang sangat singkat. Esok pun terus boleh nampak nilai berubah.

Jadi anda ada pilihan sama ada nak melabur untuk jangka masa panjang, atau anda nak berdagang saham secara harian.

Ehhh… ada yang jual beli saham hari-hari? Jangan cakap hari-hari, yang jual beli dalam tempoh 1 jam pun ada. Ini bukan benda yang asing dalam dunia saham tau.

Sempoi kan?

4. Dividen & Manfaat Lain

Bila sebut pelaburan saham, ramai yang tertanya-tanya berapa pulangan dividen boleh dapat bukan? Setiap saham memberikan pulangan dividen yang berbeza-beza.

Tapi sebenarnya selain dividen, ada cara lain kita boleh dapat manfaat dengan pegangan saham. Contoh dengan bonus issue boleh menambah jumlah pegangan saham atau waran tambahan. Pembelian IPO memberi peluang kepada pelabur untuk menjadi pemegang saham terawal dengan harga yang lebih rendah.

Bagi pedagang jangka pendek pula, kenaikan harga saham (capital gain) adalah jauh lebih penting berbanding dividen kerana perbezaan harga inilah yang akan menentukan untung rugi kita. Sekiranya membeli pada waktu yang tepat, capital gain berpotensi mencecah 10% sehingga 100% dalam tempoh sebulan.

Wow!

5. Kos Tambahan Yang Minimum

Pelaburan saham tidak sama seperti pelaburan lain yang mengenakan booking fee, kos guaman, yuran penyelenggaraan, insurans dan sebagainya sehingga menelan belanja yang agak besar.

Kos yang terlibat dalam saham biasanya adalah brokerage fee atau disebut sebagai commission, duti setem, SST, dan clearance fee yang sangat minimum kosnya. Malah, terdapat broker yang meletakkan maximum fee yang mana jika kos total melebihi maximum fee, maka hanya jumlah maximum fee yang perlu dibayar.

Menarik bukan?

6. Banyak Pilihan Saham Syariah

Pernah dengar orang sebut tentang pasaran merudum? Bila pasaran menjunam, semua saham pun ikut junam.

Salah! Hakikatnya bukan semua. Tahukah anda, semasa market crash kerana krisis ekonomi subprime mortgage pada tahun 2008, komoditi emas dan saham-saham berkaitan emas menjadi pilihan pelabur ketika itu.

Ini membuktikan dalam keadaan apa sekalipun, masih terdapat pilihan lain yang boleh kita buru peluang. Apatah lagi sewaktu pasaran sedang hijau menaik. Lagilah banyak pilihan!

Selain itu kita juga mempunyai pilihan untuk melabur saham mengikut musim dengan memilih saham dalam sektor berkaitan. Contohnya ketika coronavirus menjadi pandemik, saham-saham bertemakan penjagaan kesihatan dan getah menjadi sasaran pelabur.

7. Kuasa Pemilikan

Salah satu tujuan pemilikan saham juga adalah kuasa pemilikan. Mereka yang membeli saham akan menjadi sebahagian pemilik syarikat yang sah. Ini bermakna anda boleh menghadiri Mesuarat Am Tahunan (AGM) yang diadakan oleh syarikat dan mempunyai kuasa mengundi. Pelabur tersohor seperti Warren Buffett menggunakan kuasa pemilikan majoriti saham untuk mengambil alih sesebuah syarikat.

Banyak kan kelebihan melabur saham?

Kalau masih takut-takut untuk melabur, kami cadangkan anda belajar dulu teknik asas pelaburan saham. Dah pandai sikit, cuba dapatkan keyakinan dengan demo account. Kami yakin kalau anda banyak berlatih dalam demo account, pasti anda juga boleh jadi seorang pelabur berjaya suatu hari nanti.

Bantu kami share post ini jika dirasakan bermanfaat!

www.MenangSaham.com
Belajar Saham Online Percuma


KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

2 thoughts on “Ruginya Tak Melabur! Ini 7 Kelebihan Pelaburan Di Pasaran Saham”

  1. Mohd.Azahar bin Ab.Aziz

    Semuanya terdapat disini bagaimana ingin berniaga sebenarnya apa yg turunkan oleh DDNK seorang yg pakar dalam Dunia turun naik dan untung rugi didalam pelaburan saham.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top