fbpx

Saham Sama Seperti Judi?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Umum dah tau saham adalah perniagaan melibatkan pemilikan aset. Namun tak kurang juga yang masih skeptikal dengan status syariah saham dan menganggap ianya sama seperti judi. Benarkah? Jom sama-sama kita teliti lebih lanjut.

Membeli saham juga bererti anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat

Hukum Pelaburan Saham

Dalam Surah Al-Baqarah (ayat 275), Allah Ta’ala berfirman:

وَأَحَلَّ اللَّـهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَاۚ

Maksudnya: “Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”

Jual beli saham adalah sah di sisi syara’ kerana menepati rukun-rukun berjual beli seperti yang digariskan oleh ulama’:

  • Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
  • Sighah Akad
  • Barang jualan dan harganya

[al-Fiqh al-Manhaji; 6/11-20]

Untung Rugi Pelaburan Saham

Sama seperti perniagaan yang terdedah kepada risiko, pelaburan yang sah dan patuh syariah juga tidak pernah menjamin keuntungan. Ini menepati kaedah fiqh yang masyhur:

الغُنم بالغُرم

Maksudnya:Perolehan keuntungan adalah dengan menghadapi risiko kerugian.”

Begitu juga Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

الخراج بالضمان

Maksudnya: “Keuntungan (hasil pelaburan) mesti dengan menghadapi risiko dan jaminan (barang jaminan adalah selamat, bermakna tiada keuntungan yang dijanjikan).”

Riwayat Ibn Hibban (4928)

Melabur Seperti Seorang Yang Berjudi

Walaupun pelaburan adalah sah di sisi Islam seperti yang kita bincangkan di atas, namun masih ada segelintir yang menjadikan pelaburan seperti perjudian.

Apa maksudnya?

Contohnya seperti melabur tanpa sebarang ilmu kawalan risiko. Menjudikan saham ikut nasib sahaja. Saham tu sendiri bukan judi. Tapi cara melabur tu macam berjudi. Salah tu tuan puan.

Melabur wajib ada ilmu yang betul supaya anda benar-benar faham dengan apa yang anda laburkan. Supaya anda tahu kaedah yang betul menilai saham yang baik dan sebaliknya. Supaya anda mahir waktu yang betul untuk beli dan jual saham tersebut. Ini sesuai dengan satu kalam Imam Al-Syafie rhm. yang berbunyi:

من أراد الدنيا فعليه بالعلم، ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم

Maksudnya: “Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu.” [Lihat Manaqib al-Syafie’, 2/139]

InshaaAllah dengan ilmu yang sahih, anda sentiasa dapat minimumkan kerugian dan lonjakkan keuntungan tahap yang lebih memuaskan. Tidak rugi jika melabur dalam ilmu. Sekiranya anda belum ada modal untuk belajar, anda sangat digalakkan untuk sertai Seminar Menang Saham Bersama DDNK selama setengah hari yang diadakan secara percuma sahaja.

Rujukan: Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

2 thoughts on “Saham Sama Seperti Judi?”

  1. Mohd Alwi b Mohd Ali

    Moga Allah berikan sinar kejayaan yg lebih d redahi sa telah berada bersama2 kelompok2 ahli bijak pandai….
    Sprt group DDNK
    Dah lama terhalang kerana blum ada
    kesempatan.
    #MenangSahamDDNK

  2. Rijaluddin bin Majusi

    Assallammualaikum DDNK ,

    SAYA IKUTI SAHAM TESLA pada bulan Mac 2020, pada harga USD 400
    HARI INI TESLA MELONJAK lebih 300%
    kepada USD 1,500

    Benar kata DDNK diseminar saham di Shah Alam pada 01 Mac 2020.

    Terimakasih DDNK
    Semoga Allah beri taufik Dan Hidayatullah untuk ekonomi orang2 Melayu am nya Dan Islam khasnya .

    Aamiin…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top