fbpx

Saham Vs Skim Cepat Kaya: Ciri-ciri Scam Pelaburan

Walaupun kita selalu dengar saham mampu beri pulangan berganda, namun sebelum menceburinya wajiblah kita memahami tentang risiko berkaitan pelaburan. Dengan melabur anda boleh jadi jutawan dalam masa sebulan? Ini pemikiran yang salah tuan puan sekalian. Ini gaya fikir skim cepat kaya. Sedangkan pelaburan yang sah tidak pernah janjikan pulangan secara tetap atau berkala.

“Labur RM400, raih RM1,600 setiap bulan selama 6 bulan”

“Pulangan wajib 50% setiap minggu tanpa had”

“Deposit hari ini, lusa dah boleh withdraw untung”

Berhati-hati dengan penipuan pelaburan ala-ala skim cepat kaya

Di atas adalah contoh-contoh pakej CONFIRM LEBUR. Jangan terpedaya dengan janji manis kerana pelaburan sentiasa datang dengan risiko. Ingat, scammer tak pernah kesiankan poket anda. Malah ada scammer yang kami jumpa menggunakan nama Islamik, kemudian menggunakan gambar dan video DDNK untuk menjerat orang ramai. Sudah sudahlah rakyat Malaysia kena tipu hidup-hidup. Kita sama-sama bangkit melawan lanun tidak berlesen ini dengan ilmu.

Jom kami tunjukkan bagaimana anda boleh elakkan daripada kena tipu dengan scammer tak berhati perut:

Ciri-ciri Scammers

– Tempoh pulangan tetap

– Janji pulangan yang besar

– Deposit modal ke akaun atas nama peribadi

– Organisasi atau pengendali tidak berlesen

– Iklan daripada page/website tidak rasmi

– Tidak akan rugi

– Indah khabar dari rupa

Contoh komunikasi WhatsApp daripada scammer

Jika nak kaya, anda tak perlu takut kepada risiko. Risiko ada di mana-mana, di jalan raya, di pejabat, mahupun di bilik tidur sendiri. Namun sewajarnya anda takut kena tipu dengan scammers. Perlu tahu, saham adalah perniagaan aset, yang mana perniagaan juga melibatkan risiko dengan kadar masing-masing. Pelaburan seharusnya dihayati seperti sebuah bisnes sebenar. Melibatkan transaksi aset, mengawal selia risiko dengan kaedah risk management yang betul.

Melabur boleh menyebabkan kita muflis atau berakhir dengan hutang, betul ke?

Tidak sama sekali tuan puan. Tahu tak, anda sebenarnya tidak akan rugi lebih daripada apa yang anda laburkan dalam saham. Mana mungkin boleh muflis? Jika anda dengar orang muflis tu sebab mereka melabur seperti orang berjudi. Buat pinjaman untuk melabur. Bukan melabur yang buatkan mereka muflis, tetapi pinjaman yang tak dibayar tu. Tak melabur pun boleh muflis kalau asyik berhutang secara tak terkawal betul?

Kaedah yang betul, anda allocate sebahagian daripada pendapatan anda khas untuk pelaburan. Katakan anda menyimpan RM100 setiap bulan, maka setelah setahun anda sudah cukup RM1,200 untuk mulakan pelaburan. Habis selama setahun nak buat apa? Inilah masa yang paling sesuai untuk anda berlatih sehingga faham dengan akaun demo yang tak melibatkan wang sebenar.

Fahamkan dulu asam garam dalam pasaran saham sebelum gunakan real money. Dapatkan gambaran bagaimana anda boleh minimakan kerugian, buat analisis setepat mungkin, ketahui berapa pulangan yang realistik setiap bulan dengan pelaburan. Kesimpulannya, betulkan semula mindset kita dan tak perlu terkejar-kejar untuk jadi kaya dalam masa singkat.

Benar, semua orang nak kaya, itu adalah visi jangka masa panjang. Namun objektif terdekat seharusnya adalah bagaimana anda boleh dapatkan winning rate yang tinggi setiap kali melabur, semuanya mesti dengan ilmu!

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

12 thoughts on “Saham Vs Skim Cepat Kaya: Ciri-ciri Scam Pelaburan”

  1. Avatar
    NUR SOFINA ABD KARIM

    Saya nak belajar saham, dan berjaya,kaya boleh bantu orang lain serta mampu untuk menjadi seorang yang bebas hutang,mmpunyai kuasa membeli yg besar, hidup in peace kerana Allah,inshaAllah

  2. Avatar
    MUHAMAD FITRI BIN AHMAD

    Sya nak belajar saham, mudah-mudahan untuk menjadi org yg brjaya, insyaallah bila dah brjaya nnti, sya nak ibu dn abah sya bangga serta dapat membantu kedua org tua sya, insyaallah brjaya dengan hasil lumayan sya akan membantu brsedekah kepada fakir miskin, anak yatim dn brsedekah kepada sesiapa yg memerlukn. Insyaallah…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top