fbpx

Sakit Kena Libas? Semak Money Management Anda!

Akhir-akhir ini kami percaya ramai yang menghadapi sedikit kesulitan dalam pasaran. Mana taknya, bulan ini sahaja Nasdaq 100 dah terjun sekitar 9%. Yang tak bestnya, apabila memasuki zon ‘Bearish’ atau zon merah, laju sahaja indeks terjun!

Cukup ambil masa beberapa hari sahaja untuk market sapu keseluruhan portfolio. Inilah saatnya kita akan teruji dengan dahsyat… terutama mereka yang tak menjaga Money Management dengan betul.

Yes, Money Management never makes sense until the market goes against you.

Kami sering mengingatkan pelajar-pelajar kami, jaga Money Management. Trade ikut proportion yang betul. Money Management sangat penting, malah lebih penting daripada method atau strategi.

Bila untung memang syok habis. Bila rugi sakit tu hanya Tuhan yang tahu.

Lain ceritanya jika anda betul-betul jaga disiplin bab Money Management ni. Kerana anda hanya trade modal yang sanggup anda hangus. Mindset anda dah ready kalau hilang sebanyak sekian-sekian, anda masih ok.

Hal ni kami tak boleh ajar banyak. Kami cuma mampu mengingatkan. Disiplin ni hanya datang bila mana anda jujur dengan diri sendiri.

Mulai saat ini, jom berazam untuk mulakan amalan baru. Masuk position hanya dengan jumlah yang sanggup rugi. Boleh?

2 thoughts on “Sakit Kena Libas? Semak Money Management Anda!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top