Satu Lagi Pelaburan Gergasi, Berkshire Hathaway Beli $4.2 Bilion Saham HP

Siapa yang dah lama dalam dunia pelaburan, pasti biasa dengar nama Berkshire Hathaway, atau setidaknya pemilik syarikat konglomerat bertapak di Omaha tersebut, Warren Buffet, salah seorang pelabur billionaire yang terkaya di dunia.

Berkshire Hathaway pada hari Rabu mendedahkan bahawa mereka telah membeli 121 juta saham HP Inc. (HPQ). Ini merupakan pelaburan terbaharu dalam siri pelaburan gergasi yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Pelaburan yang didedahkan dalam pemfailan U.S. Securities and Exchange Commission itu bernilai kira-kira $4.2 bilion (berdasarkan kiraan harga penutup HP $34.91 per saham).

Seperti yang sudah kita sedia maklum, secara teknikalnya jika saham sesebuah syarikat ‘diserang’ oleh jerung, potensi yang besar saham akan membuat lonjakan mengejut.

Dilaporkan HP telah meningkat sebanyak 7.6% pasca tempoh operasi rasmi pasaran saham berikutan pendedahan tersebut.

Sumber: Reuters

Belajar gandakan wang dengan pelaburan saham patuh syariah secara PERCUMA!
Layari www.MenangSaham.com

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Artikel Berkaitan

Scroll to Top