fbpx

Saya Busy, Mana Ada Masa Nak Labur Saham

Bestnya jika boleh jadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang busy? Kalau yang punch in 8 pagi punch out 5 petang, masih ada masa lagi belah malam. Macam mana dengan yang pergi kerja gelap, balik pun gelap… Boleh melabur juga ke?

Sekiranya anda tertanya-tanya persoalan ini, jangan risau kerana anda bukan berseorangan. Saya pernah jumpa orang yang sangat busy pagi sampai malam, namun tetap ada masa untuk melabur.

Tahukah Anda? Waktu Melabur Adalah Sangat Fleksibel

Siapa kata melabur perlu muka melekat di skrin komputer? Tak perlu pun tengok komputer setiap saat. Buat kajian saham 1 jam. Yang dah pro mungkin ambil masa kurang 15 minit je. Tekan button ‘buy’ tak sampai 1 minit. Lepas tu tutup la komputer.

“Berapa kerap kena buat kajian saham?”

Bergantung kepada kaedah pegangan anda. Ada orang selesa beli saham sebulan sekali. Ada yang suka beli seminggu sekali. Ada yang gemar beli hari-hari. Terpulang. Tak nak beli saham untuk sebulan pun tak ada siapa akan marah. Nak buat kajian saham pada hujung minggu? No problem… Kita buat dia.

Sekiranya anda busy, maka anda boleh sahaja target untuk mid-term atau long-term. Pegang saham untuk tempoh 1 bulan sehingga 3 bulan contohnya.

“Berapa kerap pula kena monitor saham tu?”

Untuk pegangan jangka panjang, digalakkan monitor saham seminggu sekali. Yang bagusnya, hampir semua broker dah sediakan mobile app untuk akaun trading. Senang nak monitor. Cek guna phone pun boleh.

Jadi busy bukan penghalang untuk anda belum mula melabur. Anda boleh melabur bila anda free. takkan dalam sebulan tak ada 1 jam yang free kan? Paling cantik kalau 1 jam tu waktu yang anda tengah happy, tengah rilex, tengah fresh. Itu waktu terbaik untuk buat kajian saham supaya anda bebas daripada faktor tekanan luar.

Kalau bukan sekarang, bila lagi nak mula?

Sama-sama kita jadikan pelaburan bukan hanya sebagai sumber pendapatan tambahan, tetapi juga sebagai harta dan ilmu warisan kepada anak cucu agar bangsa kita bangkit semula mengusai ekonomi tempatan dan dunia.

4 thoughts on “Saya Busy, Mana Ada Masa Nak Labur Saham”

  1. Hi,saya johnny dari sabah dan nk belajar main saham tapi tak pandai,dahulu pernah menyartai pelbagai syrikat MLM seperti Boss vanture,YSLM,BIT COIN dll tapi semua lanyap tanpa mendapat pulangan. Di harap selepas dapat join dan belajar dari pengalaman datuk. Saya boleh mendapat pulangan.

  2. Jika nk mengharap dgn gji,memang tk cukup,kos sarah hidup tinggi komitmen dgn bank jgn cakap la? manakala gji seperti siput..

Leave a Reply to DDNK Team Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top