fbpx

Anda Sayang Wang Anda? 5 Tips Elak Wang Terbakar Disebabkan Pelaburan

Mutakhir ini, ada bermacam-macam jenis pelaburan muncul di social media. Ada yang sah. Ada juga yang tidak berlesen. Kalau tengok iklan-iklan tu semua memang meleleh air liur tengok kata orang. Post kali ni kami nak cerita kenapa perlunya anda sayang wang anda dan bagaimana nak protect hasil titik peluh anda daripada terbakar begitu sahaja. Berhati-hati sebelum terjerat!

Tips #1: Bukan Semua Pelaburan Yang Ditawarkan Di Social Media Adalah Berlesen

Ayat ni anda perlu semat betul-betul dalam jiwa dan minda bawah sedar anda. Senang kata kalau orang offer melabur kepada anda dalam keadaan anda tidur sekalipun, anda masih ada mindset “adakah pelaburan ini berlesen?”

Cara nak cek pelaburan berlesen? Semak profil individu / syarikat yang approach anda di laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Ciri-ciri scammers pun kami dah kongsi sebelum ni di pautan ini.

Jaga-jaga dengan janji manis. Kerana orang-orang ini tak pernah kesiankan anda pun. Mereka hanya sayang pada poket anda.

Tips #2: Wajib Ada Ilmu Sebelum Melabur

Tak kisah sama ada anda jalankan pelaburan saham sendiri, melabur dalam skim emas fizikal, membeli unit trust, atau anda serahkah amanah kepada pengurus dana bertauliah… it’s always no harm to get yourself educated.

Belajar serba sedikit at least cara membaca carta yang simple. Supaya anda tau apa yang berlaku dalam dunia pelaburan. DDNK ada berkongsi cara bacaan carta secara PERCUMA di sini. Ok sahaja untuk anda sedikit skeptikal sebelum buat keputusan beli sesuatu saham. Kerana kita wajib membeli dan menjual ikut sistem. Tiada signal, jangan beli. Nanti tersangkut, susah nak jual semula nanti.

Tips #3: Jangan Sesekali Beli Sesuatu Aset Selagi Belum Faham ‘Perangai’ Instrumen Tersebut

Ini kami nampak ramai orang skip. Sebab ada kawan kata melabur dalam saham ni masyukkk. Terus dia gatal nak buka akaun saham dan pump in duit beli saham. Akhirnya kecundang. Ni bahaya ya tuan puan walaupun anda dah ada knowledge.

Knowledge sahaja belum cukup untuk berjaya dalam pelaburan. Pelaburan memerlukan ketajaman berfikir, kepercayaan terhadap sistem, ketahanan mental dan latihan berterusan. Trust me. Part ni memang semua orang tak buat sebab tak sabar. Semua nak cepat.

Nasihat kami tolong jangan gopoh, apa nak ditakutkan? Peluang sentiasa ada setiap hari. Dah belajar sesuatu teknik, test dulu sistem tu ok ke tak. Sesuai ke tak dengan diri kita. Cuba buat 30 tests dan tengok hasil teknik tu jadi ke tak. Nak test kat mana? Guna sahaja demo account atau virtual platform untuk terus practice. Contoh untuk Bursa Malaysia kita ada Bursa Marketplace.

Tips #4: Beli Dengan Position Sizing Yang Sesuai Mengikut Saiz Akaun

Position sizing merujuk kepada berapa jumlah saham yang kita beli. Ada orang terlebih beli jumlah saham, tak ikut money management. Bermaksud portfolio dia pun berada dalam keadaan risiko yang sangat tinggi. Ni punca ramai yang rugi dalam saham bila market menjunam.

Sebaliknya ada juga yang terkurang beli. Risiko rendah, tapi susah nak lepas brokerage fee. Sayang betul kalau kalau untung tu hanya untuk bayar fees kan? So kena la buat kira-kira sikit. Fees rate tu please jangan tanya kat sini. Lain broker lain cajnya. Tanya terus dengan remisier anda minta dia ajar cara kira caj.

Untuk position sizing, beli ikut portion yang betul. Biasanya kita ukur dalam %. Bukan dalam nilai RM ya. Tak semesti rakan anda labur RM500, anda pun perlu labur RM500. Ukur akaun di poket sendiri.

Tips #5: Ikut Trading Plan

Jangan pandai buat trading plan sahaja. Buat yang belum tau, trading plan terdiri daripada harga beli (entry price), harga jual jika untung (target price), dan harga jual jika rugi (cut loss). Dah buat wajib la ikut. Tak perlu gelabah tengok merah terus nak jual.

Sekiranya anda dah ada sistem yang berkesan, anda dah ikut proper money management… Sepatutnya anda akan ok jika ikut trading plan. Ikut kata chart, bukan ikut kata hati. Chart dah sampai entry price, baru kita beli. Chart jatuh sikit tapi belum sentuh paras cut loss? Rileks sahaja. Chart langgar target price atau cut loss price baru kita jual. Bunyinya mudah, tapi ramai juga fail untuk ikut rules yang diri sendiri tentukan. Disiplin tu penting.

Konklusi

Dalam mana-mana pelaburan sekalipun, kitalah yang bertanggungjawab terhadap wang sendiri. Kena faham selain keluarga, tiada orang lain yang peduli tentang poket dan akaun anda. Anda sendirilah yang perlu sayang kepada hasil kerja keras anda. Belajar dan ikut steps seperti yang dikongsikan di atas supaya risiko dapat dikurangkan. Semoga artikel kali ini bermanfaat buat anda, dan juga buat rakan-rakan anda kerana anda SHARE artikel ini.

6 thoughts on “Anda Sayang Wang Anda? 5 Tips Elak Wang Terbakar Disebabkan Pelaburan”

  1. Avatar
    MURSIYEM MURSIYEM

    Salam Dato.,.saya masih zero lagi tapi nak belajar..boleh ke ajarkan saya step YG Mula sekali dlm main saham ni supaya boleh main saham asnaf….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top