fbpx

Sekolah tak ajar kita…

Hari ini kita belajar apa yang tidak diajar di sekolah, iaitu empat cara utama untuk mencari pendapatan secara halal bagi meneruskan kehidupan seharian.

Mari kita lihat satu persatu bagaimana setiap pilihan ini memberi kesan kepada kesejahteraan hidup kita.

  1. Anda menjadi seorang pekerja (Masa = Wang)

Majoriti manusia berada dalam kategori ini, termasuklah saya sendiri sebelum saya membuka syarikat. Sebagai seorang pekerja, anda perlu hadir ke pejabat, bekerja dalam 8 hingga 9 jam sehari, kemudian terima gaji pada akhir bulan. Anda akan ulang proses yang sama sekurang-kurangnya selama 35 tahun.

Bekerja dengan majikan bukanlah sesuatu yang tidak baik, malah ia merupakan platform yang bagus untuk belajar serta boleh memberi jaminan pendapatan bulanan. Namun sebagai pekerja, anda terpaksa mengorbankan masa untuk mendapatkan wang. Dan anda tiada sebarang sokongan lain. Kalau diberhentikan atau jatuh sakit, bermakna tiada wang yang akan diperolehi.

  1. Anda menjadi pemilik perniagaan (Pekerja + Pelanggan = Wang)

Jika anda mempunyai perniagaan sendiri, bermakna anda telah mencipta sebuah sistem untuk menjana wang dan mempunyai orang yang bekerja di bawah anda. Anda perlu meluangkan sebahagian daripada masa anda untuk membuat perancangan perniagaan namun tugas selebihnya akan dilaksanakan oleh pekerja anda.

Cabaran bagi pemilik perniagaan adalah untuk mendapatkan pekerja yang berdedikasi dan mampu memberikan hasil serta pulangan terbaik kepada syarikat. Selain itu, anda juga perlu memastikan perniagaan yang dijalankan memiliki pelanggan yang berterusan. Jika anda berjaya membina kedua-dua asas ini dengan baik, maka anda boleh mendapat manfaat daripada orang lain.

  1. Anda bekerja sendiri (Masa = Wang)

Bekerja sendiri bermakna anda menawarkan sesuatu perkhidmatan atau menghasilkan sesuatu produk dan menjualnya terus kepada pelanggan. Contohnya seperti penjual barangan online, pelukis atau guru tuisyen. Sama seperti menjadi seorang pekerja, anda perlu meluangkan masa anda sendiri untuk mendapatkan wang setiap bulan.

Anda juga bergantung kepada diri sendiri sepenuhnya dan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini sehingga menyebabkan anda tidak mampu bekerja, aliran pendapatan akan terhenti. Namun perbezaan antara bekerja untuk orang dan bekerja sendiri ialah pendapatan yang anda terima mungkin lebih banyak kerana keuntungan yang dibuat adalah 100% milik anda. Selain itu, kepuasan dan kebebasan bekerja sendiri juga lebih baik berbanding bekerja di bawah orang lain.

  1. Anda menjadi seorang pelabur (Wang = Lebih banyak wang)

Sebelum menjadi seorang pelabur, anda mungkin perlu melalui salah satu daripada tiga kategori yang saya sebutkan tadi. Ya lah, secara realistiknya, mana anda nak dapat wang untuk melabur jika anda langsung tidak pernah bekerja atau berniaga. Lainlah kalau anda memang dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya.

Menjadi pelabur bermakna anda tidak perlu korbankan masa untuk membuat duit. Anda hanya perlukan sedikit wang permulaan untuk dilaburkan. Wang anda akan bekerja untuk anda. Sebab itulah pelaburan ini dikatakan sebagai ‘pendapatan pasif’. Anda mungkin hanya perlu meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk belajar mengenai pelaburan pada peringkat awal dan kemudiannya anda boleh goyang kaki melihat duit bertambah setiap bulan.

Jadi, mana satu pilihan anda? Kalau anda mahu menjadi pelabur, mulalah belajar mengenai pelaburan saham. Layari www.pelaburglobal.com untuk maklumat lanjut.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top