fbpx

Selalu Loss Dalam Saham? Ini 3 Cara Untuk Tangani Masalah Emosi

“Saya loss la dalam trading… tak tahu kenapa”
“Kenapa saya rugi ekkk? Saya dah ikut apa yang diajar”
“Penat la asyik rugi… apa masalahnya ni?”

Sekali dengar masalah macam ni terus kita dah tahu apa masalah mereka ni. Belajar dah. Trading system dah ada. Knowledge dah cukup. Asas dah lengkap. Apa yang kurang?

Problemnya adalah mereka sendiri tak tahu punca mereka loss. Jika anda tergolong dalam golongan ini, saya mohon anda berhenti seketika dan fikir sejenak… Mengapa anda masih belum buat keuntungan dalam saham. Adakah masalah ini datangnya daripada sistem atau kegagalan mengawal emosi setiap kali trade.

Of course setiap kali, orang akan tetap menyalahkan sistem. Platform yang salah. Trading system yang not profitable. Teknik yang diajar terlalu basic. Macam-macam. Sebaliknya, rakan sekelas yang belajar strategi yang sama boleh terus konsisten meraih rezeki setiap hari. Inilah yang menjadi punca para traders suka melompat strategi. Tengok kawan buat strategi A, ikut strategi A. Bila rugi tengok kawan lain buat strategi B, ikut strategi B. Dan begitulah seterusnya. Apa yang dia dapat hanyalah rugi, rugi dan rugi. Kerana masalah akar masih belum diselesaikan.

Tapi jika anda tak pernah begitu, baguslah. Bermaksud anda masih positif dan mahu terus belajar. Di bawah kami kongsikan 3 tips bagaimana anda boleh improve kawalan emosi dalam trading supaya anda dapat jalankan trading anda seperti strategi yang anda telah belajar, tak kisah strategi apa sekalipun.

1. Buat Trading Journal

Sesuatu yang amatlah merugikan seandainya anda buat silap, namun anda masih tak sedar kesilapan tersebut dan tidak dapat belajar daripadanya. Disebabkan itu DDNK selalu mengingatkan pelajar-pelajar beliau supaya sentiasa tulis trading journal. Nampak remeh, hakikatnya inilah alatan penting untuk kita review semula setiap trade yang kita pernah buat.

Anda mesti kaji semula di mana kelemahan dan kesilapan anda. Cari sebab kenapa anda loss. Adakah kerana anda sering melawan arus pasaran? Atau anda entry pada masa yang silap? Atau anda exit terlalu awal? Atau anda trade mengejar harga? Ikut orang?

Ini semua adalah bad trades yang patut kita jauhi. Ada juga good trade yang rugi contohnya seperti market membuat correction secara mengejut. Namun di situlah peranan trading plan supaya kita terus tahu di mana sepatutnya kita cut loss untuk minimakan kerugian. Yang penting adalah: belajarlah dari kesilapan lampau.

2. Execute Order Anda Secara Automatik

Bukanlah sesuatu yang wajib. Tetapi kami faham traders baru biasanya mengalami ujian yang besar apabila diuji dengan kerugian. Walaupun trading plan sudah tersedia, masih keliru dan samar-samar sama ada perlu cut loss atau tidak bila mana harga sudah pun menembusi support. Ini perkara biasa bagi seorang manusia.

Dengan penggunaan automatic orders seperti menetapkan take profit order dan stop loss order pada platform, maka tiada lagi keraguan. Jika anda tak pandai untuk decide on the spot, menyerahkan platform untuk buat trading execution adalah jalan terbaik. Maka di sini kita dah eliminate faktor emosi. Kerana manusia apabila sedang rugi, mereka sukar untuk berfikir dengan rasional.

Bukan kesemua platform mempunyai ciri ini. Anda boleh semak dan dapatkan nasihat daripada remisier atau dealer anda berkenaan hal ini.

3. Biasakan Berehat Apabila Pasaran Tidak Menyebelahi Anda

Ya. Stop Trade.

Ada masanya, bukan masa terbaik untuk trade. Ramai yang kena libas dengan market apabila trend sedang choppy. Libasan pertama tu boleh dimaafkan. Namun jika masih kena libas untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya, itu adalah bad trades.

Revenge trading bukanlah sesuatu yang bagus dalam trade. Kena pukul sekali, anda rasa mahu balas dengan membuka position baru. Ini tidak waras namanya. Trade yang dimulakan semula adalah bersandarkan emosi semata-mata. Ianya tak bagus untuk poket anda.

Sebaliknya apa yang sepatutnya anda lakukan adalah berehat. Biasa dengar DDNK sebut “makan aiskrim”? Ya, bukan jenaka kosong… tetapi maksud tersiratnya perlu diambil serius iaitu rehatkan jari dan minda daripada trading kerana belum pasti saat itu fikiran anda masih akan kekal waras. Refresh your mind. Bila emosi geram & marah tu dah pergi, barulah boleh sambung semula trade.

Ada faham?

Cuba amalkan 3 petua di atas ni. Kalau boleh tulis atau print besar-besar dan tampal pada skrin laptop. Cara ini tak menjamin anda akan sentiasa untung, namun anda akan belajar banyak perkara daripada kesilapan yang anda lakukan dan dapat mencari jalan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Sekiranya anda merasakan post ni bermanfaat, jangan malu-malu tekan SHARE supaya orang di sekitar anda pun dapat belajar sama-sama!

4 thoughts on “Selalu Loss Dalam Saham? Ini 3 Cara Untuk Tangani Masalah Emosi”

Leave a Reply to ajak Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

An Overview of Kaspersky Lab Products and Services

Founded by Eugene Kaspersky in 1997, Kaspersky Lab can be described as Russian international cybersecurity corporation with headquarters in Moscow, Russia. The corporation is owned or operated by a presenting

Mail-order Bride The correct manner

In February 1985, this individual despatched $120 to the listed post work area field and within several weeks acquired a journal with photos and important statistics greater than 200 Oriental

Features of an Ambiente Digitale

A digital environment is certainly an open, self-organising, and given away socio-technical system. The qualities of a self-sufficient ecosystem include its scalability and sustainability. Additionally , it has several other

Scroll to Top