fbpx

Selalu Pening Dengan Istilah Dalam Pelaburan?

Bila dengar geng-geng trader ni bersembang, macam-macam istilah keluar. Bull lah. Bear lah. Apa benda yang mereka ni bincangkan sebenarnya?

Haaa… Anda nak berjaya, anda mesti kuasai istilah-istilah yang digunakan kerana apabila belajar atau baca bahan pembelajaran nanti, anda akan selalu jumpa istilah-istilah tu.

Kat bawah ni dikongsikan serba sedikit istilah yang selalu trader gunakan dalam bahasa harian mereka:

IstilahMaksud
Stock / Share / EquitySaham atau pemilikan bagi sesuatu syarikat atau aset.
IndexPenanda aras bagi suatu kelompok saham atau aset. Indeks tidak diwakili oleh simbol matawang kerana ianya hanyalah petunjuk dan tidak boleh diniagakan.
Exchange Traded Fund (ETF)Satu bakul saham atau sekuriti lain yang diniagakan secara sekaligus. ETF boleh dijual beli sama seperti saham kerana ianya diniagakan di papan bursa.
Option / WarrantKontrak hak (bukan kewajipan) untuk membeli saham atau sekuriti lain pada tanda harga dan tempoh yang telah ditetapkan.
FuturesKontrak (wajib) untuk membeli saham atau sekuriti lain pada tarikh tertentu.
Sector / IndustrySektor – Merujuk kepada segmen besar ekonomi (contoh: Pengangkutan).
Industri – Merujuk kepada kumpulan syarikat & bisnes secara lebih spesifik (contoh: Penerbangan, Kurier Udara, Trak).
Initial Public Offering (IPO)Proses penawaran saham syarikat persendirian kepada awam sebelum bertukar status menjadi syarikat awam.
Stock Symbol1 – 4 karakter alphabetic root symbol yang mewakili nama saham yang didagangkan kepada awam (contoh: Apple Inc disingkatkan menjadi AAPL, Microsoft menjadi MSFT).
QuoteInformasi harga terkini saham, biasanya mempunyai kelewatan15 sehingga 20 minit bagi platform yang tidak melanggan servis Real-time Market Data.
TrendArah halatuju saham secara menyeluruh, sama ada tren menaik (Uptrend), tren menurun (Downtrend), atau tren mendatar (Sideway).
MomentumKelajuan pergerakan harga saham, sama ada dalam keadaan menaik (juga disebut sebagai Bullish Momentum) atau menurun (Bearish Momentum).
VolumeJumlah transaksi saham yang bertukar tangan dalam sesuatu tempoh.
VolatilityUkuran berapa jauh pergerakan harga saham dalam sesuatu tempoh.
CandlestickRekod 4 harga saham (harga buka, tutup, tertinggi & terendah) dalam satu batang lilin.
MarubozuSaham yang menaik secara mendadak akan menghasilkan sebatang candlestick yang panjang, dikenali sebagai green Marubozu / white Marubozu.
Saham yang menurun secara mendadak akan menghasilkan sebatang candlestick yang panjang, dikenali sebagai red Marubozu / black Marubozu.
SupportHarga saham melantun dari bawah ke atas membentuk aras sokongan (atau dikenali sebagai lantai) pada titik perubahan arah.
ResistanceHarga saham melantun dari atas ke bawah membentuk aras rintangan (atau dikenali sebagai siling) pada titik perubahan arah.
Breakout / BreakdownBreakout – Harga saham tidak melantun di aras Resistance, malah meneruskan kenaikan dan berjaya memecahkan Resistance ke atas.
Breakdown – Harga saham tidak melantun di aras Support, malah meneruskan penurunan dan berjaya menembusi Support ke bawah.
PortfolioKoleksi pelaburan seseorang pelabur dipanggil sebagai portfolio.
Break-evenPegangan saham berada dalam keadaan tidak untung dan tidak juga rugi.
ReversalPerubahan arah tren sama ada dari bawah ke atas, atau dari atas ke bawah.
Pullback – Saham dalam tren menaik, namun membuat sedikit penurunan.
Correction – Sama seperti Pullback, namun biasanya penurunan yang lebih banyak (lebih 10%).
Rebound – Saham dalam tren menaik, menyambung kenaikan sebaik sahaja Pullback/Correction berakhir.
RallyPembelian saham secara berleluasa oleh pelabur-pelabur institusi. Kenaikan mendadak ini biasanya disebabkan oleh katalis yang amat menyenangkan.
Sell-offPenjualan saham secara berleluasa oleh pelabur-pelabur institusi. Kejatuhan mendadak ini biasanya disebabkan oleh katalis yang kurang menyenangkan.
Long / ShortLong – Membeli saham. Pelabur untung dengan menjual semula saham pada tanda harga lebih tinggi.
Short – Menjual saham terlebih dahulu melalui pinjaman dengan pihak broker. Pelabur untung dengan membeli semula saham pada tanda harga lebih rendah.
PositionPosisi dalam portfolio merujuk kepada pegangan saham yang masih berjalan untung dan rugi.
Open Position – Memulakan posisi baru sama ada Long / Short.
Close Position – Menamatkan posisi sedia ada. Bagi Long position, “Close” merujuk kepada menjual semula saham tersebut. Bagi Short position, “Close” merujuk kepada membeli semula saham tersebut.
Unrealized PL / Realized PLUnrealized PL – Untung rugi yang masih atas kertas (belum pasti). Terjadi apabila posisi saham telah dibuka, namun belum ditutup. Maka Unrealized PL menunjukkan gambaran untung rugi sekiranya posisi saham ditutup. Unrealized PL boleh berubah-ubah nilainya bergantung kepada prestasi saham.
Realized PL – Untung rugi yang sudah tetap dan pasti. Terjadi apabila posisi saham telah ditutup. Nilainya tetap dan tidak berubah kerana pelabur sudahpun melepaskan pegangan sahamnya.
Indicator / OscillatorIndicator & Oscillator adalah petunjuk yang dibentuk melalui kiraan matematik. Sangat berguna kerana pelabur tidak perlu membuat kira-kira dan hanya perlu bersandarkan kepada kaedah visual sahaja. Berbeza dengan Indicator, Oscillator mempunyai julat yang tetap (contoh: 0 sehingga 100).
Take ProfitAktiviti menutup posisi kerana pelabur ingin meraih untung.
Cut LossAktiviti menutup posisi kerana pelabur ingin menghadkan kerugian.
Trading PlanPelan tindakan yang biasanya mengandungi sekurangnya tiga perkara iaitu bila perlu beli (Entry Price), bila perlu jual sekiranya untung (Take Profit) & bila perlu jual sekiranya rugi (Cut Loss).
SpreadPerbezaan harga antara Ask & Bid.
Ask – Harga jualan tertinggi yang ditawarkan oleh pasaran.
Bid – Harga pembelian terendah yang ditawarkan oleh pasaran.
Money ManagementPengurusan kewangan dalam pelaburan. Contohnya menghadkan jumlah nilai wang yang digunakan untuk melabur dalam sesuatu saham. Atau membeli saham mengikut perkadaran secara berkala.
Portfolio diversificationTeknik pelaburan yang melibatkan aset yang berlainan risiko. Contohnya membeli aset daripada kelas yang berlainan (e.g. saham & sukuk), produk berlainan (e.g. Saham & Option), atau sektor berlainan (e.g. Konsumer dan Teknologi).
Risk-Reward RatioKadar risiko berbanding pulangan, digunakan untuk mengukur sama ada pelaburan tersebut berbaloi atau lebih berisiko.

Amacam?

Banyak kan yang kami kongsikan? Masih ada lagi tetapi kalau anda dapat ingat semua yang di atas pun dah ok tau.

Takkan nak pandai sorang je kan? Share la sikit dengan kawan-kawan. Sama-sama belajar, sama-sama pandai.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

4 thoughts on “Selalu Pening Dengan Istilah Dalam Pelaburan?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top