fbpx

Selamat tinggal 2020! Selamat Datang 2021


Pejam celik, kita sudah lalui 365 hari yang penuh dengan cabaran. Diam tak diam genap setahun DDNK dan Vega sudah kongsikan ilmu, kepakaran dalam bidang ekonomi dan pelaburan dalam bentuk menulis, digital, video, graphic, siri seminar serta seminar atas talian yang dapat mengumpulkan sebanyak 12,000 peserta. Masyaallah!

DDNK cuba sampaikan sebanyak mungkin ilmu yang dikumpul beliau sepanjang lebih dari 23 tahun berkecimpung dalam dunia saham ini kepada anda. Niat DDNK hanya satu, untuk mendidik membantu anda untuk melabur secara sah, selamat & patuh syariah serta untuk buat duit ekstra dari pelaburan saham di Bursa Malaysia dan Pasaran Global, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menaikkan taraf ekonomi keluarga, negara, bangsa dan agama.

Inilah slogan “jihad ekonomi” kita.

Harap-harapnya, ramai dikalangan anda yang sudah menghadiri siri seminar atau kelas-kelas anjuran VEGA tidak kira secara fizikal ataupun secara online, dan sudah berjaya membuat keuntungan besar. Jangan lupa, langit tidak selalunya cerah malah jika anda seorang pelabur atau trader sudah pasti tidak akan boleh lari untuk merasa kerugian. Anggaplah itu sebagai suatu proses pembelajaran untuk anda terus bangkit berjuang sebagai seorang trader yang garang.


Bagi kami, tahun 2020 merupakan tahun yang kosong untuk kita semua bahkan pelbagai cabaran yang kita alami. Rantaian kenangan akan terus tersemat dalam sanubari kita.


Jika dulu sewaktu kita kecil ataupun masih muda, kita sering diingatkan mengenai Wawasan 2020. Kita semua ingat bahawa kita bakal lihat kereta terbang di depan mata kita tetapi apa yang jadi wang kita pula yang terbang ke sana ke sini ke sana ke sini.


Tahun 2020 sedikit berbeza dari tahun-tahun yang lepas. Seluruh dunia dilanda malang yang tidak berbau akibat dikejutkan dengan Krisis Kesihatan terbesar dalam sejarah manusia akibat Pandemik COVID-19.


Tiada siapa pun dapat menyangka Pandemik Covid-19 ini membelenggu kita dengan masa yang sangat panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk reda walaupun dengan adanya Vaksin terbaru yang dibangunkan oleh para Saintis seluruh dunia.

Virus ini telah membuat semua sektor ekonomi terkesan boleh dikatakan telah membunuh ke semua negara termasuk negara-negara kuasa besar walaupun dari segi saiz ekonomi dan pendapatan per kapita yang besar.

Malaysia juga tidak lari daripada kesan besar ini di mana semua rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ataupun “Lockdown” bagi mengekang penularan Covid-19 ini.

Kesan daripada Pandemik ini, ribuan rakyat hilang pekerjaan malah kebanyakan syarikat-syarikat yang dulu kian membangun kini ada yang menguncup ada juga sudah tutup. Kita diterapkan untuk membiasakan diri kita dengan budaya “The New Norm” dalam kehidupan.

Mahu tidak mahu, kerajaan terpaksa mengumumkan pelbagai pakej ransangan pakej insiatif dan stimulus-stimulus tertentu khasnya untuk tertumpu agenda rakyat dan untuk selamatkan ekonomi negara walaupun mengambil masa yang lama untuk pulih.

Kami pasti segala memori tahun 2020 ini akan kekal terpahat dalam ingatan kita sampai bila-bila untuk diceritakan kepada anak-anak dan cucu cicit kita nanti supaya mereka belajar daripada sejarah yang berlaku.

Kita sebagai orang Islam, menggangap apa saja yang terjadi di atas muka bumi ini adalah ketentuan dari Allah S.W.T untuk menguji kita. Kita harus redha dengan apa yang terjadi supaya kita lebih kuat untuk tahun yang akan datang dan untuk lipat gandakan lagi amalan kita sebagai hamba DIA yang lemah.

Kepada Allah kami berserah!

Sudah pasti ramai yang sudah mempunyai azam tahun baru 2021 untuk terus ‘survive’ dalam hidup. Kalau belum, kami sarankan kepada anda buatlah ‘soul searching’ untuk diri anda, tulis matlamat anda dalam jangka pendek mahupun panjang, tetapkan 100% tahap fokus anda untuk ubah hidup ubah kewangan anda ke tahap yang lebih baik demi kelangsungan hidup bersama keluarga.

Kami ingin menzahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah SWT alhamdulillah dan juga terima kasih kepada semua yang mendoakan DDNK menyokong DDNK sepanjang 24 tahun DDNK dalam industri ekonomi, pelaburan dan kewangan kerana baru baru ini DDNK telah dinobatkan sebagai :

#1 2020 INTERNATIONAL FINANCE “LEADERSHIP AWARDS” – “Best New Asset Management CEO 

#2 2020 INTERNATIONAL FINANCE “FINANCIAL AWARDS” – “Fastest Growing Investment Management Company”
https://awards.internationalfinance.com/…/winners-of…/ (sumber : klik pada pautan)

Selain itu, Interpac Dana Safi yang diuruskan oleh DDNK melalui Berjaya Interpacific Asset Management Sdn Bhd, berada di kedudukan pertama dari segi pulangan untuk Kategori Unit Amanah Syariah bagi tempoh Januari hingga November 2020 sebagaimana dinyatakan oleh Lippers, Morning Star dan Fund Supermart.

Sumber:
1) Fund Supermart : https://www.fsmone.com.my/funds/tools/best-and-worst-performers
2) Lipper Investment : https://www.lipperfundawards.com/Awards/Malaysia/2020/Fund
3) Morning Star : https://my.morningstar.com/my/report/fund/

Jika anda belum memulakan langkah anda sebagai trader, jadikannya sebagai azam tahun 2021 untuk mula menceburi bidang pelaburan saham. Seminar dan kelas pelaburan anjuran VEGA akan diteruskan seperti biasa secara online pada sepanjang Januari 2021 dan alhamdulillah sambutan yang luar biasa daripada anda semua.

Terima kasih kepada anda, Kami kagum dengan tindakan anda luangkan masa anda untuk belajar ilmu yang berkurun lamanya dan boleh diguna pakai 7 keturunan insya-Allah. Harap ianya mendapat manfaat dari apa yang DDNK dan Team kami kongsikan. Jadi jangan lupa mendaftar melalui laman web www.menangsaham.com. Semak tarikh yang sesuai dengan masa anda.

Dalam kolum ini, DDNK selalu sebutkan dan ingatkan kepada anda tentang pentingnya ilmu. Bagaimana tahap ilmu anda akan menentukan tahap kewangan anda. Ramai juga dikalangan anda bertanya kepada DDNK dan kami tentang saham apa yang berpotensi, bagi kami itu sudah menjadi kebiasaan. Bagi kami mudah “Chart Is A Chart, Is A Chart.” Belajar sedikit tentang teknikal analisis biasakan dengan terma-termanya.

Kami bagi contoh, prestasi saham Facebook bernilai kira-kira US$201.91 pada awal tahun ini dan naik sehingga US$271.87 (harga semasa) pada Disember 2020. Ini bermakna jika anda memiliki saham Facebook, anda akan menerima pulangan sebanyak 34.6 peratus dalam tempoh kurang setahun.

Sumber : Tradingview.com (Facebook)

Saham Apple pula naik daripada sekitar US$73 kepada US$133 (harga semasa) dalam tempoh 12 bulan untuk tahun 2020 dari Januari hingga Disember. Pulangannya adalah 82.16 peratus!

Sumber : Tradingview.com (Apple)

Nilai saham Google naik 21.20 peratus daripada US$1,432 kepada US$1,736 (harga semasa) dan Amazon pula mencatatkan kenaikan sebanyak 63 peratus sepanjang tahun ini dari US$2,008 naik kepada sekitar US$3,285 (harga semasa).

Sumber : Tradingview.com (Alphabet)

Sumber : Tradingview.com (Amazon Non-Shariah)


Satu lagi saham yang menjadi kegilaan anak didik DDNK malah ramai yang telah membuat keuntungan pulangan yang baik daripada saham Tesla mana tidaknya nilainya pada Jan 2020 US$130.11 dan naik sehingga sekitar US$434.00 (harga semasa). Pulangannya dalam setahun sebanyak 424 peratus!

Sumber : Tradingview.com (Tesla)

Selain saham, kami juga ada berkongsi mengenai pelaburan dalam mata wang digital atau cryptocurrency yang diramal menjadi fenomena terbaru dunia. Mata wang digital seperti Bitcoin dan ethereum juga merupakan pilihan pelaburan yang baik.

Tak percaya? Kalau nak tahu, nilai 1 unit Bitcoin pada awal 2017 adalah US$1,019. Pada akhir 2017, nilainya mencecah US$7,373, atau pulangan sebanyak 623 peratus!

Dan kini harga Bitcoin bernilai sekitar US$29,025 (harga semasa) daripada US$8,048 Jan 2020 malah pulangannya sebanyak 260 peratus hanya untuk tahun 2020 sahaja!

Sumber : Tradingview.com (Bitcoin)

Cuba hitung, berapa banyak keuntungan pulangan (ROI) yang anda telah buat jika anda melabur dalam saham-saham ini pada awal tahun? Dan cuba beritahu kami, pelaburan mana yang boleh berikan anda keuntungan pulangan (ROI) sebegini rupa dalam tempoh tak sampai setahun?

Rugi kan kalau kita tak belajar untuk melabur saham dari sekarang. Harga-harga saham ini akan terus naik kerana kebanyakan saham yang DDNK suruh membuat kajian ini adalah Home-Run Stock atau Monster Stock yang DDNK panggil, bermakna ia adalah saham bernilai tinggi yang merupakan pemimpin dalam industri masing-masing. Ini merupakan sebahagian saham-saham hebat tersenarai di Nasdaq ataupun Graviti kewangan dunia.

Ekonomi dunia bagi 2021 diramalkan bahawa ekonomi sejagat akan menghadapi ketidaktentuan daripada yang diramalkan sebelumnya dengan Pandemik Covid-19 terus menimbulkan ketidakpastian dan perniagaan masih sukar menghadapi ancaman pandemik ini.

Tetapi anda tidak perlu risau, bahkan anda perlu bersedia untuk memfokuskan saham-saham yang mempunyai hubung kait dengan Covid-19 sebagai contoh kita lihat saham-saham sarung tangan, kesihatan, komoditi yang mempunyai pergerakkan yang positif. Dalam masa yang sama, anda harus bersedia untuk melihat sektor-sektor yang lain untuk sebarang kemungkinan untuk bergerak kembali ke arah yang positif.

Usahlah bertangguh lagi, jangan nanti pada penghujung 2021 apabila anda melihat pulangan yang diberikan setiap saham-saham ini, anda berfikir ‘ruginya tak melabur pada awal tahun’. Kenapa simpan duit kalau anda boleh beranakkan duit secara selamat & patuh shariah?

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu. Selagi anda tidak mencuba, selagi itu anda tidak akan dapat menikmati kemanisannya. Sudah pasti setiap perlaburan mempunyai risikonya tersendiri. Belajarlah untuk memaksimakan keuntungan, menimakan kerugian dengan teknik dan stategi yang terbukti berjaya.

Apa yang penting adalah ilmu dan guru yang betul. Insya-Allah jika anda ikut panduan yang diberikan, anda akan mendapat pulangan yang sepatutnya.

Terima kasih kerana setia bersama DDNK sepanjang 2020 dan kami harap anda membuka lembaran tahun 2021 dengan membeli saham pertama anda, atau meningkatkan lagi pegangan saham yang sudah dimiliki.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/…/[INDIVIDU-TAHUN-2020…

Sama-sama kita doakan agar Pandemik Covid-19 ini akan berakhir dengan cepat dan pantas untuk kelangsungan hidup yang lebih murah rezeki, memperolehi keberkatan, kebahagian dengan izin Allah S.W.T insya-Allah.

Selamat Tahun Baru 2021 ! Menang Saham Bersama DDNK. Ingat Tak Hensem Takpe Janji Kaya.

KENYATAAN PENAFIAN:

Program dan perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya atau sarana untuk membeli menjual. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan juga adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top