fbpx

Selesakah Kita Menjadi Bangsa Yang Bankrap?

Rakyat Malaysia begitu sinonim dengan hutang. Boleh kata hampir tak boleh lari dengan hutang betul?

Lebih menyedihkan apabila ramai yang terjerat dalam isu kewangan dan akhirnya terjerumus ke dalam lembah yang paling ditakuti, iaitu menjadi bankrap.

Soalnya, ramai ke yang bankrap?

Tahukah anda… sehingga Disember 2019, jumlah kes kebankrapan yang ditadbir adalah sebanyak 299,186. Ya, hampir 300,000… bukanlah suatu angka yang sedikit.

Malah menurut statistik, pertambahan kes secara puratanya adalah antara 800 – 1,100 kes setiap bulan!

Dan paling mengerikan, 56.08% daripada jumlah ini adalah bangsa yang tak asing lagi di negara kita.

Ini menunjukkan betapa masih kurangnya pengetahuan dan kesedaran berkenaan pengurusan wang di kalangan masyarakat kita.

Namun di sini kami bukanlah ingin menyalahkan sesiapa. Kerana kami faham, semua orang tidak bermula daripada garis permulaan yang sama. Semua orang berusaha bersungguh-sungguh untuk teruskan kehidupan. Tiada siapa yang ingin hidup terbeban.

Cuma sekiranya hari ini anda masih mampu bernafas dengan tahap kewangan sedia ada, bukankah sepatutnya anda sudah mula mengurus dan melindungi kewangan anda?

Tanya diri sendiri, apakah perancangan kewangan kita untuk masa akan datang? Bagaimana dengan sikap kita dalam berbelanja? Adakah kita sudah sediakan tabung kecemasan dan persaraan yang mencukupi? Adakah memadai sumber pendapatan yang sedia ada? Masih mahu butakan mata dan pekakkan telinga? Tak peduli dengan masa depan diri sendiri?

Ingat, kita boleh perangi bankrap dengan pendidikan perancangan kewangan yang betul. Dengan mindset mengumpul aset berbanding liabiliti, anda mampu mengubahnya. Belajar melabur di tempat yang betul hari ini untuk lindungi harta anda di masa akan datang.

Sumber statistik: Jabatan Insolvensi Malaysia

5 thoughts on “Selesakah Kita Menjadi Bangsa Yang Bankrap?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top