fbpx

Siapakah 10 Gergasi Teknologi Dunia?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bukan lagi misteri, rakyat Malaysia sememangnya cintakan gajet. Malah seluruh dunia menyambut baik kehadiran teknologi dalam hidup manusia.

Ini kerana teknologi telah banyak mengubah dunia dan memudahkan urusan seharian. Dan inilah sebab mengapa saya dan anak didik begitu sayang kepada saham teknologi.

Mereka sering compete with each other untuk jadi lebih baik. Mereka sering hadir dengan idea baru. Mereka sering datang dengan innovasi dan rekaan baru. Mudah erti kata, mereka sentiasa berevolusi!

Memasuki fasa Revolusi Industri 4.0, teknologi bukan lagi suatu kemahuan, sebaliknya adalah suatu keperluan. Itulah sebabnya mengapa anda lihat saham-saham teknologi sering mendapat perhatian dunia. Semua orang nak tengok syarikat teknologi berkembang.

Saham favourite kami pula adalah saham-saham teknologi gergasi yang terbesar di Nasdaq. Apakah saham-saham itu? Jom kami senaraikan Top 10 saham teknologi terbesar dunia mengikut ukuran market capitalisation.

No. 10 – Adobe Inc

Produk panas Adobe

Pernah dengar Photoshop atau Illustrator? Ya, inilah produk killer yang datang daripada Adobe. Bertapak di California, Adobe mempunyai branch offices di beberapa buah negara besar seperti US, UK, Belgium, Denmark, France, Germany, Ireland, Netherlands, Australia, Korea, Poland, Sweden, Singapore, China, Hong Kong, India, Italy dan lain-lain. Sehingga kini, Adobe dianggarkan bernilai sekitar $207.34 billion.

No. 9 – Intel Corporation

Processor Intel ada di kebanyakan laptop

Siapa yang tak kenal dengan beast dalam kalangan processor chipset ni kan? Sejak dulu lagi, daripada komputer di pejabat sehinggalah laptop di rumah semua dia tapau. Paling mengejutkan, saham Intel adalah yang paling tak masuk akal harganya dalam senarai ini, iaitu sekitar $50 sahaja seunit. Intel juga merupakan penyedia chipset bagi produk Apple sejak hampir 8 tahun yang lalu. Namun terbaru, Intel telah mengesahkan keputusan Apple untuk tidak meneruskan penggunaan processor Intel pada produk Mac (menurut sumber Motley Fool). Intel kini bernilai $209.42 billion.

No. 8 – Netflix Inc

Subscription Netflix sangat mudah dan boleh ditonton di mana-mana

Penyedia hiburan di rumah masing-masing, satu keluarga kini boleh tonton movie kegemaran tanpa perlu ke panggung wayang lagi. Netflix adalah contoh terbaik disruptive innovation yang mengambil alih populariti TV. Keunikannya, Netflix benar-benar faham apa kegemaran penggunanya tanpa penonton perlu upvote atau downvote sesuatu content. Netflix juga mengeluarkan siri Netflix Original yang bermutu tinggi. Sehingga hari ini, nilai Netflix telah mencecah $215.44 billion.

No. 7 – Nvidia Corporation

Graphics card Nvidia sememangnya pilihan utama gamers sejati

Ramai yang kenal Nvidia sebagai penyedia teknologi grafik yang unbeatable dalam pasaran. Namun sebenarnya Nvidia mempunyai visi yang lebih besar iaitu mencipta autonomous car – kereta pandu sendiri. Nvidia telah bekerjasama dengan Mecedez Benz sebagai langkah menjayakan misi automated driving applications termasuklah ciri advanced driver assisted systems dan driverless parking functions. Nilai Nvidia adalah $250.30 billion.

No. 6 – Tesla Inc

Tesla Model 3 kereta elektrik terlaris

Musuh kepada Nvidia, pengeluar kereta elektrik paling berprestij di dunia. Menariknya, saham Tesla memecut laju sama seperti keretanya, daripada harga saham $360 ke $1500 dalam tempoh kurang 6 bulan sahaja! Elon Musk, founder Tesla juga telah berjaya mengetuai syarikat lainnya, SpaceX melancarkan roket Falcon dari tanah US buat pertama kali dalam sejarah dengan kerjasama NASA. Nilai Tesla? $273.85 billion sahaja!

No. 5 – Facebook Inc

Facebook, social media paling popular

Social media paling popular di dunia, tak lain tak bukan adalah Facebook. Suku pertama tahun 2020 mencatatkan seramai 2.6 billion pengguna aktif Facebook secara bulanan dan semakin meningkat (sumber daripada Statista). Nilai syarikat Facebook kini adalah $656.15 billion.

No. 4 – Alphabet Inc

Google mendominasi dunia search engine

Tak pernah dengar Alphabet Inc? Inilah parent company kepada Google, satu nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Google bukan sekadar search engine. Tapi juga dah direkodkan sebagai satu perbuatan. Contoh orang sebut “cuba google ABCD”. Nampak tak? Begitu hebat pengaruh Google. Tu belum cerita tentang pembangunan artificial intelligence (AI) dalam produk-produk Google lagi. Hari ini, nilai Google adalah $1.03 trillion!

No. 3 – Amazon Inc

Bermula daripada garaj, pejabat Jeff Bezos suatu masa dahulu

Nak beli barangan online di US? Inilah boss besar e-commerce yang bukan sahaja menyediakan marketplace bagi pembeli dan penjual, malah menguruskan warehouse, packaging, shipping, advertising & checkout services untuk bisnes lain. Asalnya bermula daripada garaj sahaja, kini Amazon telah menjadi top 3 syarikat terbesar di dunia dengan nilai syarikat $1.50 trillion!

No. 2 – Microsoft

Logo Microsoft ini dengan mudah boleh dilihat di mana-mana sahaja

Produknya berada di mana-mana. Di rumah, di pejabat, di kafe, di shopping mall… Hampir semua isi rumah wajib ada produk Microsoft! Daripada hardware sehinggalah ke software, daripada harga mampu milik sehinggalah ke harga eksklusif, daripada home users sehinggalah ke skala syarikat. Semuanya Microsoft telah ambil kira dengan teliti sehingga produknya dapat menembusi pasaran bagi semua peringkat. Hari ini, Microsoft bernilai $1.53 trillion.

No. 1 – Apple

Produk Apple sentiasa tampil premium

Juara carta syarikat terbesar dunia jatuh kepada Apple. Mungkin agak mengejutkan kerana Apple bukanlah pengeluar produk yang mampu milik. Hampir kesemua produknya dikeluarkan dengan harga premium berbanding pesaing-pesaingnya. Namun Apple sangat jelas dengan siapa target market mereka dan mengutamakan kualiti dari segi pelbagai sudut seperti sekuriti sistem, kualiti binaan, design, performance delivery, sehinggalah ke customer service. Nilai Apple hari ini telah mencecah $1.62 trillion.

Sekarang anda dah pun tahu saham-saham kegemaran kami bukan? Tetapi harus diingat, bukan kesemua dalam senarai di atas adalah saham patuh syariah.

Membeli saham-saham di atas juga tak menjamin anda akan untung. Kami harus membuat penafian, di atas bukanlah saranan kami kepada anda untuk membeli. Anda wajib mempunyai ilmu untuk menentukan nilai dan harga terbaik untuk beli saham terlebih dahulu kerana risiko ditanggung oleh pelabur masing-masing.

Suka dengan posting ni?

Kami harap anda boleh bantu kami SHARE kerana mungkin ada di kalangan rakan-rakan yang memerlukan info penting ini. Sama-sama kita bantu sebarkan maklumat yang bermanfaat.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

12 thoughts on “Siapakah 10 Gergasi Teknologi Dunia?”

  1. Terbaik Dato..
    Terima kasih sangat beri Pendedahan yg Santai dan mudah faham dgn bahasa yg menyenangkan buat kami yg baru tahu dalam dunia Saham..
    Saya Doakan Dato Dr Nazri Khan dan team kaya dan Berjaya Dunia Akhirat..
    Aaminn..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top