fbpx

Tahu Tak Saham Pos Malaysia Beri Pulangan Sebanyak 81.80%??

“ANDA BUAT BISNES ONLINE?? POS BARANG GUNA POS LAJU?? TAHU TAK SAHAM POS MALAYSIA BERI PULANGAN SEBANYAK 81.80%??”

“Tak tahu pun Pos Malaysia ada saham. Macam mana nak melabur?”

Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang peluang yang besar dalam dunia pelaburan saham. Sedangkan terdapat pelbagai syarikat perkhidmatan mengapungkan saham mereka di Bursa Malaysia untuk semua orang melabur. Salah satunya adalah POS MALAYSIA & SERVICES HOLDINGS BHD (PSHL).

Kita ni perlu lebih bijak dalam meningkatkan sumber pendapatan dan kewangan kita. Takkan nak harap satu sumber sahaja.
Yang ada syarikat, yang buat bisnes online, apa sumber pendapatan kedua perniagaan anda?
Apa strategi untuk sustain kewangan anda?

Lebih-lebih lagi yang ada staff. Pernah terfikir untuk bayar gaji staff, bonus tahunan staff dan trip company tanpa guna keuntungan syarikat, tapi guna pulangan dan keuntungan pelaburan?

Bagi saya, pelaburan adalah salah satu jalan mudah untuk kekalkan kewangan syarikat dalam keadaan stabil. Semua orang boleh melabur. Tiada pilih kasih, tiada pilih latarbelakang untuk melabur dalam saham syarikat yang ada di Bursa Malaysia. Asalkan korang ada CDS akaun dan modal. Pelaburan adalah perniagaan. Nak berniaga pun kena ada modal. Macam tu juga melabur.

Contohnya:
Anda mempunyai simpanan RM5000 dan mahu asingkan dari akaun simpanan yang lain.
Jadi anda boleh membeli saham Pos Malaysia
= sebanyak 2200 unit
= pada harga RM2.20 seunit pada Mac 2016.
2200 unit x RM2.20 (harga 1 unit) = RM4840
Jadi anda mempunyai balance RM160

Pada tahun ini 2017, harga seunit saham telah meningkat kepada RM4.00. Anda anda boleh jual terus pegangan saham anda untuk ambil keuntungan atas pelaburan anda.
= 2200 unit x RM4.00 = RM8800
Jadi keuntungan (Tidak Termasuk Kos Transaksi) anda adalah
8800 – 4840 = +/- RM3960
bersamaan R.O.I = 81.80%
Maka simpanan anda sekarang adalah
>> 8800 + 160(Balance) = RM8960

Dan ramai yang tidak tahu, KWSP turut melabur dalam saham Pos Malaysia. KWSP pun melabur, kalau tak macam mana nak bagi deviden kat simpanan anda semua. Anda boleh semak di sini
>>http://www.pos.com.my/bm/tentang-kami/pengumuman-bursa/?changes-in-shareholding

SEDARLAH, BELAJARLAH DAN KETAHUILAH cara untuk pelbagaikan sumber kewangan diri, keluarga dan syarikat. Belajarlah bagaimana pelaburan dapat membantu mengekalkan kestabilan kewangan syarikat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

11 thoughts on “Tahu Tak Saham Pos Malaysia Beri Pulangan Sebanyak 81.80%??”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top