fbpx

Takut Manipulasi? Belajar Elakkan FOMO!

Kebanyakan saham yang membuat kenaikan tinggi baru-baru ni berkait rapat dengan pembelian secara emosi tanpa menghiraukan disiplin. Makin tinggi harga saham naik makin ramai yang membeli kerana mereka nampak potensi membuat untung dengan cepat kerana harga saham sentiasa naik, tetapi ramai yang lupa bahawa setiap yang naik pasti ada turunnya.

Sifat ini dikenali dengan FOMO, “Fear Of Missing Out”. FOMO adalah perasaan keterujaan & terkejar-kejar dek kerana melihat kenaikan mendadak sesuatu saham. Oleh kerana takut terlepas peluang dan mahu dapat sama seperti apa yang orang lain dapat, maka mereka ini akan membeli saham tanpa membuat sebarang analisis. Bila ramai orang post untung di social media membeli saham yang sama, trader yang lain terliur nak buat untung akan beli saham yang sama.

Sifat FOMO sangat bahaya disebabkan keputusan trade dibuat hanya berdasarkan emosi semata-mata dan mengabaikan trading setup. Contoh baru-baru ni saham Gamestop (GME) telah membuat kenaikan sebanyak 2,355% dalam hanya masa 2 minggu!

Ramai trader kongsi untung mereka di social media dan masa tu kebanyakan orang membuat profit kaw-kaw tak sampai 1 minggu. Selain itu, syarikat pelaburan Melvin Capital rugi hampir 53% selepas short selling position mereka lebur disebabkan harga GME melonjak naik. Trader-trader baru teruja melihat Wall Street dikuasai oleh pelabur runcit dan ini membuatkan mereka membeli saham GME tersebut tanpa berfikir panjang. 

Ada yang sanggup menggunakan duit pencen, duit simpanan serta duit hasil jualan rumah semata-mata ingin membeli saham GME untuk mendapat pulangan yang banyak dalam masa singkat. Ramai yang membuat untung lebih daripada gaji mereka dapat selama setahun, tetapi tidak semua yang bernasib baik kerana harga saham pasti akan turun lagi-lagi saham yang naik tinggi tanpa mempunyai sokongan prestasi syarikat yang kukuh. 

Sifat saham yang selalu memberi sifat FOMO selalunya mempunyai carta harga berbentuk pokok krismas dan menunjukkan harga saham naik tinggi tanpa berehat dan terus turun hampir ke harga asal. Apabila harga saham tengah menaik tinggi ramai orang akan membuat untung pada fasa tersebut kerana harga naik sangat cepat dalam masa singkat, tetapi yang dah pro akan ready untuk jual ambik profit dan cari saham yang lain kerana fasa seterusnya adalah harga menjunam sangat cepat dan dahsyat. Sebagai contohnya, carta GME di bawah untuk rujukan, kesian ramai yang tersangkut di pucuk pokok krismas kerana menyangka harga akan terus naik ke atas. 

Cara terbaik untuk mengelakkan FOMO adalah dengan mematuhi SOP dalam trading, disebabkan pergerakan harga melonjak tinggi dengan cepat, risiko adalah lebih tinggi daripada untung kerana harga telah naik jauh dan susah untuk mencari entry yang cantik. Tambahan pula, FOMO dapat dielakkan dengan adanya ilmu trading kerana trader yang bijak tahu akan pergerakan saham yang tulen atau manipulasi.

Akhir sekali, setiap trader pernah merasai perasaan FOMO dan benda ini perlu dielakkan dalam jiwa seorang trader. FOMO adalah bukti ketamakan manusia. Membeli kerana ‘greed’ adalah suatu perbuatan yang sangat salah dan tidak sihat. Trade tanpa trading plan sentiasa membawa kepada rugi dan jika anda untung, you’re a lucky trader, tapi anda tidak akan berasa bertuah setiap masa kerana market sentiasa betul.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

2 thoughts on “Takut Manipulasi? Belajar Elakkan FOMO!”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top