fbpx

Takut Nak Melabur? Ini Tips Bagaimana Anda Boleh Mulakan Pelaburan Saham Dengan Risiko Yang Rendah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Saham bukan perlumbaan, tetapi adalah journey. Setiap insan mempunyai pace masing-masing. Ada yang laju. Ada yang perlahan. Tak kisahlah. Asalkan sampai ke destinasi. Pokoknya nak berjaya, mesti start doing! Seseorang yang nak jadikan saham sebagai career secara serius, mesti mulakan langkah pertama.

“Tapi Dato’ saya mana pernah melabur. Saya tak pandai. Saya takut rugi. Macam mana saya mampu nak jadi pelabur berjaya?”

Relaks… Tarik nafas dalam-dalam.

Bertenang dan fikir semula. Dalam dunia ini manusia mana yang lahir boleh terus berlari? Boleh memasak, menjahit & mengemas rumah? Terus pandai melayari internet?

Tiada bukan?

Semua kemahiran ni dibentuk dengan pengalaman. Namun setiap pengalaman berharga ini pastinya bermula dengan pengalaman ‘kali pertama’.

Ya, tak kiralah dia John Bollinger atau Andrea Unger, atau Warren Buffett sekalipun… Semestinya figura-figura ini sendiri pun pernah rasa gerun kali pertama tekan butang ‘BUY’. Kali pertama rugi. Kali pertama untung.

Tetapi kenapa mereka berjaya?

Kerana mereka tak jadikan itu sebagai alasan untuk berhenti mencuba. Mereka sentiasa cari jalan untuk terus memperbaiki dan mempertingkat kemahiran. Mereka pergi berguru. Buat rujukan di merata tempat. Belajar sistem. Buat research. Buat backtests. Buat forward tests. Dah jumpa kaedah tak lokek berkongsi dengan orang lain.

Ya, berkongsi juga akan membuatkan ilmu kita bercambah. Anda mungkin berpeluang jumpa orang yang mampu memberikan idea-idea baru dalam perjalanan trading career anda.

Jadi anda seharusnya tak takut untuk mencuba. Di sini kami kongsikan tips bagaimana sepatutnya anda mulakan perjalanan pelaburan anda agar anda mendapat hasil yang berkualiti.

Knowledge First!

Tiada pilihan lain. Inilah perkara pertama yang harus anda dapatkan iaitu ILMU! Macam mana nak melabur kalau anda tak tahu apa yang anda patut buat? Cari dan belajarlah dengan guru yang betul.

Berguru mempercepat proses belajar serta mengelakkan daripada melakukan kesalahan kritikal

Ada ramai guru di Malaysia yang bagus-bagus, malah juga di seluruh dunia. Anda boleh belajar daripada sesiapa sahaja yang anda rasa selesa dan mudah faham. Yang penting pastikan guru tersebut seorang yang bertauliah, mempunyai track record yang terbukti berjaya, dan sebaiknya mempunyai pengalaman yang luas dalam industri saham. Kalau nak bercakap, siapapun boleh bercakap kan?

Berlatih Membina Trading Plan Sendiri

Dah ada knowledge, anda boleh cuba belajar buat trading plan tanpa bantuan guru. Tandakan dalam carta di mana anda perlu entry, di mana anda perlu exit. Kenapa anda pilih entry & exit tersebut. Apakah signal yang anda nampak. Apa pelan sekiranya berlaku kecemasan.

Strategi sangat penting dalam membina Trading Plan yang baik dan berbaloi

Tunjuk kepada mentor anda supaya kesilapan boleh dibetulkan. Jangan malas dan jangan takut-takut. Nak pandai kena usaha lebih sikit. Ulang, ulang dan ulang setiap hari sehingga tiada lagi teguran daripada mentor anda. Latihan macam ni bagi kami sangat sangat sangat penting.

Kena faham mentor bukan ada di sisi anda 24 jam ketika trade. Ini adalah perjalanan anda sendiri. Maka anda perlu sediakan diri untuk survive dalam market. Elakkan bergantung dengan orang lain dan rajin-rajinlah berusaha tambah knowledge tambahan kemudian minta mentor sahkan.

Menggunakan Akaun Demo

Common mistakes yang kami lihat dalam kebanyakan pelabur baru adalah terus terjun menggunakan real money. Ibarat masuk kem sebagai rekrut, terus gatal nak masuk medan perang. Knowledge semata-mata tak akan menjamin anda sentiasa untung. Pengalaman adalah lebih penting berbanding knowledge.

Juruterbang pun berlatih dengan flight simulator dulu tau

Jika anda nak rasa rugi yang melampau, silalah mula dengan wang sebenar! Sebaliknya jika anda nak berjaya dalam pelaburan, fahamkan dahulu serta dapatkan pengalaman menggunakan akaun demo. Belajar ikut proses. Trade dalam akaun demo sehingga anda berjaya buat untung 30 trades dalam hari yang berlainan. Selagi belum cukup, jangan lompat ke step seterusnya. Kerana anda masih belum faham dan bersedia untuk real trade.

Masa Untuk Mini Trades

Tahniah sekiranya anda dah berjaya konsisten profit dalam akaun demo! Sekarang masanya untuk anda mulakan mini trades. Apa maksudnya? Cuba melabur secara kecil-kecilan dahulu. Perasaan guna duit sebenar tak sama macam akaun demo.

Bermula secara kecil-kecilan

Jadi kalau rugi pun taklah rasa ralat sangat. Sekiranya anda rugi 3 kali secara berterusan, anda patut berhenti dan kembali semula berlatih dalam akaun demo. Sampai la anda berjaya buat keuntungan dalam 3 trades berturut-turut, maka anda dah bersedia untuk mulakan trade yang sebenar!

Tapi ingat… Sentiasa jaga money management setiap kali enter position. Tak perlu gelojoh atau tamak. Sentiasa follow rules. InshaaAllah anda boleh berjaya sekiranya anda betul-betul follow disiplin proses belajar saham ni.

Macam mana?

Dapat idea bagaimana nak mula? Ya, akaun demo tak melibatkan wang sebenar, maka anda boleh melatih keyakinan kat situ. What do you lose if you give it a try? You only lose when you give up early.

Dan orang yang selalu cepat give up biasanya adalah mereka yang suka skip proses. Suka buat kesimpulan sendiri sehingga langgar rules. Tak percaya kepada sistem dan pelan sendiri. Skeptikal terhadap ilmu yang dipelajari. Tak menghargai ilmu yang simple dan hanya kejar ilmu advance. Rasa diri sendiri hebat dan sentiasa betul.

Orang begini kami tak mahu cakap banyak. Biar market lah yang mengajar mereka.

Tapi kami percaya anda yang baca ni tak macam tu kan?

Anda belajar banyak daripada penulisan kali ini? Kami dah share. Apa kata anda pun turut share artikel ni. Biarlah kita jadi ejen penyebar manfaat. Kita berdoa dengan kebaikan yang kita buat hari ini walaupun kecil, semoga Allah lipat gandakan lagi rezeki kita mudah-mudahan.

www.MenangSaham.com

Follow Social Media DDNK

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Dah Buka Akaun Saham?

Nak mula melabur? Pastinya wajib ada akaun saham terlebih dahulu! Sebahagian orang ingat nak buka akaun saham tu susah. Perlukan modal yang besar untuk buka akaun. Tidak tuan puan, Tahu

trading platform

3 Jenis Platform Untuk Trading

“Dato’, banyaknya trading platform. Mana satu yang saya perlu tengok?” Sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah kita pecahkan kekeliruan ni terlebih dahulu. Sebelum ini mungkin anda lihat semua platform untuk

21 thoughts on “Takut Nak Melabur? Ini Tips Bagaimana Anda Boleh Mulakan Pelaburan Saham Dengan Risiko Yang Rendah”

  1. Rosilah binti misbah

    Salam perkenalan buat Tuan & team.
    Untuk pengetahuan Tuan, saya dan anak2 memang belum pernah melabur untuk saham, kerana setahu saya saham ni perlukan wang besar untuk melabur.
    Saya amat berharap suatu hari nanti saya dan anak2 berpeluang mempelajari Menang Saham ini.
    Saya seorang surirumah KINI mula melayari internet utk mempelajari Menang Saham ini walaupun secara perlahan2 kerana belum mahir IT yg sebenar nya.
    Semoga komen saya yg Pertama ini membawa petanda yang saya akan meniti kejayaan seterusnya yg selama ini ‘Tidak Celik’ tentang saham.
    #tak jelita tak ape, janji handbag ‘berkepuk duit nye.be

  2. Zaukiply Bin Hassim

    Nasihat yang sangat berguna untuk mereka yang bakal bergelar pelabur saham…….saya berharap pihak Dato turunkan sedikit harga course monitoring yang Dato anjurkan sekarang ini kerana ramai yang diluar sana sangat berminat untuk berguru dengan Dato tetapi tidak berkemampuan untuk menyertainya…..

  3. Abdul Jalil hj omar

    Assalam..6 Hari online training AI bermula 28/8 tu Ada pilihan dibuat Hari yg lain bulan Sept tak..
    Berminat hadir tp tak Ada masa hadir in August.

  4. MUHAMMAD IQRAM

    Sy masih lg newbie dlm bidang trading nii.. Semoga ilmu yg ddnk berikan dpt Sy manfaatkn buat diri sy menjadi lebih konsisten dlm trading

  5. Saya seorang ibu tunggal dan surirumah. Teringin nak melabur tapi tiada modal. Nak belajar pun tak mampu…boleh DDNK bantu?

  6. Saya ingin tahu bagaimana nak dapatkan akaun trading demo? Bila kita mohon, cara mana lebih baik dan
    selamat , melalui email atau Facebook?

  7. Saya nak belajsr tapi twk tau caranya. Akaun demo tu macam mana nak buat?ada kah kurdus yg dianjurkan oleh admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top