fbpx

Technical Analysis Tak Pernah Basi

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp

Tak pernah lapuk. Tak pernah basi. Begitulah gambaran technical analysis. Bahkan ianya adalah ilmu yang patut dipelajari dan boleh diwarisi 70 keturunan.

Kenapa saya kata begitu?

Kerana kita tahu yang technical analysis dicipta berasaskan psikologi manusia. Technical analysis bukan suatu ilmu baru. Ilmu ni dah wujud sejak beratus tahun dulu. Ada yang kata knowledge ni diasaskan oleh Charles Dow 200 tahun dulu. Ada yang kata diasaskan oleh Munehisa Homma sejak 300 tahun dulu. Apa yang penting, dah beratus tahun, bendanya tetap sama.

Ini kerana pattern pemikiran atau naluri manusia sentiasa sama secara semula jadinya walau zaman berubah sekalipun. Maka sifat-sifat seperti tamak, ego, takut, berharap, yakin, berani, dan lain-lain sentiasa akan wujud dalam pasaran.

Perasaan-perasaan ini akan mempengaruhi keputusan pelabur membuat pembelian dan penjualan dalam pasaran. Kemudian aktiviti jual beli berdasarkan keputusan tadi akan tercermin atau ‘terpancar’ secara automatiknya ke dalam carta.

Lagi menariknya, pola ini akan sentiasa berulang sehingga ada sesuatu ‘anomali’ atau perkara luar biasa yang berlaku mempengaruhi pasaran. Contoh seperti berlaku katalis besar yang mengubah persepsi pelabur, atau manipulasi dalam dagangan. Namun, hal seperti ini juga akan lebih mudah dikesan dengan metodologi technical analysis kerana segalanya akan digambarkan dalam carta juga.

Daripada prinsip ini terbentuklah seni-seni seperti candlestick patterns, chart patterns, market cycle analysis, Fibonacci analysis, Gann analysis, harmonic patterns, Elliott wave dan banyak lagi, sama ada yang dah ditemui ataupun yang belum ditemui.

Ingat, dalam trading kita berdagang dengan manusia. Ada macam-macam jenis. Ada jenis pemurah. Ada juga jenis suka ambil kesempatan walau dengan rakan sendiri. Ada jenis tamak. Ada jenis kedekut. Ada jenis penakut. Dan lain-lain lagi. Maka pergerakan harga saham pun akan deal dengan perkara seperti ini.

Lainlah kalau kita bukan trade dengan manusia. Trade dengan kucing ke. Burung ke. Kayu ke. Maka technical analysis boleh campak ke laut. Robot dan artificial intelligence juga mungkin boleh mengubah lanskap technical analysis sekiranya semua orang sepakat tak nak trade sendiri dah. Namun kena ingat, siapa yang reka semua ni? Siapa yang set rules? Siapa yang tulis code? Manusia juga kan?

Satu lagi, jangan pelik bila kita kata technical analysis boleh digunakan dalam kebanyakan produk dagangan. Tak kisah la saham, komoditi, forex, matawang kripto atau ETF… technical analysis masih boleh diguna pakai. Walaupun masing-masing mempunyai behaviour yang agak berlainan (kerana risiko yang dibawa juga berbeza), namun kaedah secara asasnya tetap sama.

Rugi kan kita tak belajar?

Sepatutnya inilah ilmu yang kita perlu wariskan kepada anak cucu kita. Rakan kita bangsa lain dah lama amalkan dan wariskan turun-temurun. Dalam dunia masa kini, siapa yang menguasai ekonomi, maka dialah yang berkuasa. Menyedihkan, umat Islam bukanlah majoriti dalam hal ini. Sampai bila kita nak ketinggalan?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Siapa lagi nak jalankan peranan dan tanggungjawab ini kalau bukan diri kita?

Lebih banyak

Artikel Berkaitan

Money Management

Sakit Kena Libas? Semak Money Management Anda!

Akhir-akhir ini kami percaya ramai yang menghadapi sedikit kesulitan dalam pasaran. Mana taknya, bulan ini sahaja Nasdaq 100 dah terjun sekitar 9%. Yang tak bestnya, apabila memasuki zon ‘Bearish’ atau

Magic Vs Attitude

Magic Vs Attitude

Dalam suatu kelas, kita dapati bukan semua pelajar akan mendapat keputusan yang sama. Mereka duduk dalam kelas yang sama. Mereka menggunakan bahan pembelajaran yang sama. Mereka belajar daripada guru yang

matlamat pelaburan

Ketahui Matlamat Dalam Pelaburan

Saya tahu ramai yang masih tercari-cari langkah masing-masing dalam pelaburan. Saya tak ingin guna istilah “kecundang” kerana setiap apa yang anda lalui adalah suatu journey yang unik dan mahal nilainya.

support & resistance is like a ball

Ada Apa Dengan Support & Resistance?

Selalu dengar orang sembang pasal support & resistance… tak faham apa yang diorang bincangkan. Konsep support & resistance mudah sahaja sebenarnya! Wajib pandai dan biasakan dengan istilah ini sekiranya nak

busy

Saya Busy, Mana Ada Masa Nak Labur Saham

Bestnya jika boleh jadikan saham sebagai sumber pendapatan kedua. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang busy? Kalau yang punch in 8 pagi punch out 5 petang, masih ada masa lagi

3 thoughts on “Technical Analysis Tak Pernah Basi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top