fbpx

Tips Elak Kecundang – Jangan Anggap Saham Seperti Isteri!

Pengalaman termanis bagi seorang pelabur pastinya apabila melihat saham dalam keadaan untung. Siapa tak happy kan? Sedang pokok berbuah pun kita gembira, inikan pula duit yang beranak pinak. Objektif pelaburan semestinya ingin menggandakan modal tanpa perlu bekerja keras lebih masa.

Pun begitu, terdapat suatu ‘sumpahan’ yang wajib anda berhati-hati. Iaitu jatuh cinta terhadap satu saham. Disebabkan untung dalam sesuatu saham, pelabur biasanya cenderung untuk menggemari sesuatu saham secara berlebihan. Ianya tidak salah jika dari awal anda sudah pun berniat untuk memiliki pegangan syarikat tersebut secara kekal.

Namun anda tak seharusnya terlalu setia dengan satu saham sahaja. Setiap saham mempunyai kitaran naik dan turun yang tersendiri. Jika terlalu obses, anda mungkin terdedah untuk terperangkap dalam kitaran yang salah.

Kami pernah jumpa individu yang tersangat cinta kepada satu saham sahaja. Tiap hari saham itu sahajalah yang ditenungnya. Jari pula tanpa sedar tertekan butang ‘Buy’. Kerana ketagihan tidak terkawal ini, akhirnya nilai akaun terus merosot dan terus merosot.

Sedangkan peluang datang setiap hari. Anda boleh sahaja cari saham lain yang berpotensi. Tidak perlu hanya setia dengan satu saham sahaja. Saham bukan seperti isteri yang tidak ditukar ganti.

Apa yang anak didik saya sering lakukan ialah, mereka mencari saham-saham gergasi dan masukkan kesemuanya ke dalam satu senarai pantau (watchlist). Apabila saham A berada dalam kitaran yang tidak bagus, mereka ada lagi pilihan saham B, saham C dan seterusnya untuk dipilih.

Ya benar kata Warren Buffett, tak perlukan IQ yang tinggi seperti saintis roket untuk melabur saham. Namun, jadilah pembeli yang bijak dengan membuat keputusan yang tepat agar tidak kecundang di kemudian hari.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top