fbpx

Tiru Gaya Fikir Orang Putih

Saya suka tengok cara ‘orang putih’ melabur. Kebanyakan mereka tak ragu-ragu nak beli saham syarikat yang keluarkan produk kegemaran mereka. Alasan mereka mudah, mereka percaya dengan keupayaan syarikat itu sebab mereka sendiri guna produk yang dikeluarkan syarikat itu.

Mereka ini bukan pelabur institusi, mereka hanya orang biasa sama seperti kita yang pilih untuk laburkan duit mereka dalam pasaran saham. Contohnya Apple. Ramai pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad atau MacBook beli saham Apple sebab percaya pada produk keluaran syarikat itu. Kita pun guna telefon iPhone, Samsung dan macam-macam gajet lain.

Kalau kita percaya dengan produk itu sampai sanggup keluarkan ribuan ringgit atau beratur panjang untuk dapatkannya, kenapa kita tidak mahu melabur dalam saham mereka? Sedangkan kita tahu syarikat begini ada kelebihan besar sebab produk mereka dianggap sebagai keperluan, semua orang akan beli dan pakai telefon atau komputer.

Pertumbuhan hebat syarikat-syarikat teknologi ini boleh dilihat daripada harga sahamnya. Saham Apple pada Januari 2005 bernilai USD 5 seunit. Sekarang nilainya USD 121 seunit. Apple juga adalah antara syarikat paling bernilai di dunia dengan nilai pasaran mencecah USD 2.10 trilion.

Syarikat-syarikat ini akan terus hasilkan produk inovatif kerana mereka adalah peneraju dalam pasaran. Jadi lama lagi lah mereka akan bertahan dalam pasaran.

Satu lagi perkhidmatan yang kita guna hampir 24 jam sehari adalah Facebook. Tetapi kenapa kita tak beli saham Facebook padahal kita tahu sekarang orang tak boleh hidup tanpa Facebook. Saham Facebook juga menunjukkan trend menaik, daripada USD 38 masa ia mula-mula ditawarkan pada 2012 sekarang ini dah cecah USD 276.

Jadi mulai sekarang, cuba ubah sikit cara kita melihat sesuatu produk yang kita guna atau barang yang kita tengok ramai orang guna. Kita kena fikir, siapa pengeluar produk itu? Kemudian kita semak sama ada syarikat itu disenaraikan di pasaran saham, tak kisah di negara mana pun. Kalau ada, buat kajian sikit pasal trend harga saham syarikat itu, trend pengguna dan buat analisis atau jangkaan masa depan.

Kalau kita pengguna tegar produk itu, kita mesti percaya yang produk itu akan sentiasa ada di pasaran jadi maknanya kita yakin pada syarikat pengeluarnya. Macam iPhone, boleh kita bayangkan Apple tiba-tiba bankrap dan hentikan pengeluaran iPhone dalam masa terdekat? Tentu tidak, sebab kita tahu betapa kukuhnya syarikat itu.

Masih ingat apa yang terjadi pada Galaxy Note 7? Samsung yang berdepan krisis 3 tahun lalu apabila telefon keluarannya asyik terbakar pun masih mencatatkan peningkatan dalam harga sahamnya. Sebab pengguna masih percaya kepada produk keluaran syarikat itu dan akan terus membelinya.

Anda risau sebab anda tak tahu macam mana nak kaji trend harga saham atau buat analisis ekonomi sebelum beli saham? Tak perlu risau kerana anda boleh belajar melalui FB Page Dato Dr. Nazri Khan dan FB Group DDNK Club secara PERCUMA sahaja.

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top