Unilever Meneruskan Kerjasama Bersama Burger King Untuk Mengeluarkan Whopper Tanpa Daging di Amerika Latin Dan China.

Unilever Plc mengatakan bahawa syarikat tersebut akan mengembangkan kerjasama bersama Burger King untuk mengeluarkan patty daging berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk menu Whopper di restoran di Amerika Latin, Caribbean dan China.

Produk tersebut akan dilabel sebagai Plant-based Whopper dalam menu Burger King dan ianya dibuat dengan patty daripada Vegetarian Butcher, syarikat yang diperoleh Unilever pada tahun 2019.

Burger King menjual beberapa jenis burger tanpa daging, salah satunya dipanggil Impossible Meats di Amerika Syarikat.

Unilever turut menyatakan bahawa Whopper berasaskan tumbuh-tumbuhan akan diperkenalkan kepada semua 325 restoran Burger King di beberapa buah lokasi di China termasuklah Beijing, Shanghai, Shenzhen dan Hangzhou. Namun, pelan untuk perkembangan di seluruh China akan dilaksanakan pada suku kedua tahun 2021.

Burger bebas daging tersebut telah diperkenalkan di Mexico pada 30 November lepas.

Menurut Unilever, pelancaran di beberapa buah tempat lain di pasaran Amerika Latin dan Caribbean seperti Costa Rica, Colombia, Bahamas, Dominican Republic, Nicaragua, Suriname, Saint Maarteen dan Saint Kitts juga telah bermula sejak beberapa minggu lalu.

Harga Whopper berasaskan tumbuh-tumbuhan dijangkakan lebih kurang sama dengan harga Whopper yang lain tetapi ianya akan berlainan antara francais.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah melonjakkan perniagaan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan di mana pakar penganalisis dari Barclays menjangkakan industri tersebut akan terus berkembang dalam pasaran dengan jumlah dagangan $140 billion dalam dekad ini.

Leave a Comment

Artikel Berkaitan

Scroll to Top