fbpx

4 PERKARA YANG ANDA PERLU SEMASA PKP 2.0

Ini merupakan tips paling asas yang perlu anda tahu dan sedar. Pengurusan wang sangat penting bagi setiap individu dalam hidup. Jika anda gagal untuk merancang kewangan anda bakal gagal dari segi bab pengurusan lagi-lagi apabila kita menghadapi saat genting ini.

Mungkin anda pernah belajar dan tahu asas kepada 3 perkara ini :

#1 Keperluan

#2 Kehendak

#3 Kepuasan

Mana satu yang anda pentingkan?

Suka atau tidak, mahu atau tidak mahu anda wajib tahu ke mana duit kita dibelanjakan atau disimpan. Ini sangat penting sebab nanti tiadalah ditengah-tengah bulan poket kita sudah pokai dan tidak mencukupi.

Jika anda cermat berbelanja, bijak dengan duit tidak mustahil hidup selesa tetapi jika anda tidak mengambil kisah, akan tiba nanti anda mungkin akan berhutang dan rasa kesusahan. Disaat waktu genting seperti ini, anda dinasihatkan agar lebih bersedia dari segi wang tunia disebabkan pandemic ini. Kita pun tak pasti apa yang bakal berlaku nanti.

Kami inginkan kongsikan beberapa tips asas kepada anda yang ingin mula untuk mengawal kewangan :

1. BAJET

credit foto: pixabay.com

Pastikan anda menyediakan bajet. Cukuplah sekadar simple budget yang mengandungi senarai anda:

• Pendapatan anda (gaji semasa bekerja, sampingan atau sebagainya)
• Perbelanjaan anda (barang keperluan rumah, bayaran sewa rumah, kereta, motor, bil-bil dan sebagainya)

Ini penting! Jika anda tahu berapa banyak perbelanjaan setiap bulan maka anda boleh buat keputusan untuk menetapkan bajet perbelanjaan anda setiap bulan ataupun anda harus tingkatkan pendapatan anda. Sentiasa check & balance!

Kenal pasti pendapatan boleh guna atau “Disposable Income” bermaksud perbezaan jumlah pendapatan anda dengan jumlah perbelanjaan anda iaitu jumlah perbezaan tersebut adalah untuk anda masukan dalam akaun simpanan atau bayar balik hutang.

Menurut Elizabeth Warren peratusan asas adalah untuk membahagikan pendapatan selepas cukai seperti peruntukan berikut :
• 50% keperluan asas
• 30% kehendak, kemewahan atau keinginan
• 20% simpanan atau bayaran balik hutang

Konsep ini lebih menekan keperluan menyinpan dan menguruskan kewangan dengan baik hidup anda insyaallah lebih mudah.

2. DANA KECEMASAN PERLU DISEDIAKAN

credit: petuaibu.com

Kita bukannya tuhan atau ahli nujum yang mampu tahu apa yang bakal terjadi nanti seperti malapetaka, bencana atau kemalangan sekalipun adalah perkara yang tidak diingini tetapi harus berhati-hati dan jangkakan.

Macam-macam boleh jadi dan berlaku. Contoh seperti banjir kilat yang merosakkan harta benda, patah kaki ketika bersukan atau sebarang kemalangan, maka atau anak masuk hospital disebabkan kencing manis ataupun pelbagai lagi.

Anda tak boleh ramal masa depan jadi paling selamat anda buat ialah memastikan dana kecemasan tersedia dan mencukupi. Ramai juga yang tertanya-tanya “Macam manalah nak simpan atau sediakan dana kecemasan ni, peninglah.?”

Baiklah, jangan lupa untuk tengok semula bajet kewangan anda. Tanya pada diri anda berapakah pendapatan yang boleh digunakan atau disposable income anda? Kemudian barulah buat keputusan tetapkan sedikit daripada jumlah tersebut untuk dimasukkan atau disimpan ke dalam dana kecemasan.

Untuk lebih baik anda disarankan untuk mempunyai akaun asing untuk dana kecemasan ini supaya anda tidak gunakan dana ini untuk apa apa perbelanjaan harian. Setiap bulan anda akan dapat kan? Apa kata anda transfer secara automatic ke dalam akaun tersebut yang anda sendiri asingkan.

Paling penting sekali yang anda kena ingat dan disiplinkan jangan sesekali pegang akaun tersebut kecuali anda anda kecemasan! Mahu tidak mahu anda kena disiplinkan juga.

3. PELABURAN UNTUK DIMULAKAN

credit foto: pixabay.com

Jika anda rasa ada kawalan terhadap kewangan dan sudah ada bajet yang tersedia, kemudian barulah anda jinak-jinakkan diri untuk membuat pelaburan.

Anda masih ingat lagikan pendapatan boleh guna atau disposable income? Jika ada lebih setelah anda guna wang pendapatan untuk perbelanjaan anda tidak kira tetap atau harian malah juga telah asingkan siap-siap sedikit untuk dana kecemasan, maka gunakanlah wang selebihnya itu untuk tujuan pelaburan.

Anda harus ingat, anda harus gunakan wang yang anda simpan wang lebihan yang anda ada sahaja untuk pelaburan. Pastikan wang yang anda sudah sediakan itu tidak beri kesan kepada kehidupan anda kerana setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri.

Pastikan anda disiplin dalam menyimpan dan asingkan tak kira sedikit RM500 atau sebanyak RM1000 atau lebih, lebih baik jika anda mulakan pelaburan anda sekarang.

Yang paling biasa yang anda pernah dengar adalah pelaburan KWSP jika anda bekerja sepenuh masalah dengan mana-mana syarikat. Setiap bulan sebahagian daripada pendapatan anda secara automatic akan dimasukkan ke dalam KWSP oleh majikan anda.

Selain daripada itu, anda pernah dengar mengenai ASNB kan? Mana tidaknya orang tua-tua kita selalu pesan “Nakkk, kalau ada duit lebih jangan lupa simpan duit dekat ASB untuk diberanakkan.” ASNB ini risikonya rendah dan pulangan dividen konsisten.

Mesti anda tertanya-tanya “Kenapalah perlu melabur sangat ni.?”

Simple, pelaburan sebenarnya merupakan salah satu cara untuk menggandakan wang anda dan meningkatkan jumlah kewangan anda.

Terdapat banyak jenis pelaburan yang ada di negara kita antaranya pelaburan saham, emas, hartanah, Kripto dan banyak lagi. Tanya pada diri anda adakah anda berminat dengan “Long Term Investment” atau “Short Term Investment”. Ini berbalik kepada diri sendiri jenis pelaburan yang mana anda ingin terokai.

Sebagai contoh pasaran saham atau stock market, pulangan atau Return On Investment (ROI) tersebut adalah lebih banyak dan mudah dicairkan. Pelabur saham boleh membeli dan menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja, tanpa bos, tanpa kos peralatan pejabat. Apa yang anda perlukan adalah sebiji handphone atau computer riba. Tapi harus berhati-hati, pastikan anda mempunyai ilmu terlebih dahulu sebelum anda buka CDS (Central Depository System) akaun saham anda untuk jual beli saham sendiri.

Pelaburan saham ini yang menariknya tidak remeh dan cerewet malah ianya sah, selamat & patuh Syariah. Di Bursa Malaysia sahaja terdapat lebih daripada 665 syarikat tersenarai adalah patuh Syariah seperti Nestle, Myeg, Top Glove, Tenaga dan banyak lagi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta dipantau oleh Penasihat Syariah mengenai status syariahnya. Boleh semak di portal bursamarketplace.com atau bursamalaysia.com

Anda mungkin pernah guna Apple? Atau sekarang ini sudah pasti anda mempunyai akaun Facebook anda kan? Cuba periksa baju dan kasut anda kalau-kalau anda sedang memiliki atau memakai produk berjenama seperti Nike ataupun Adidas. Produk-produk ini termasuklah Starbucks, Google, Tesla, Nvidia adalah sebahagian dari 70,000 yang tersenarai di NasdaQ adalah patuh Syariah.

Jika pernah hadir ke mana-mana seminar Dato Dr Nazri Khan (DDNK), beliau melabelkan produk gila satu dunia sedang guna ini adalah “Monster Stock” atau “Home Run Stock”. Mana tidaknya saham-saham ini naik 10 kali ganda dalam masa beberapa tahun.

Bayangkan jika anda belajar, anda mempunyai akaun saham anda boleh memiliki sebahagian daripada syarikat gergasi dunia ini hanya dengan 1 unit sahaja? Menarik kan! Bolehlah anda cakap dengan anak anda “Syarikat Apple ni baba yang punya.”

4. HATI-HATI DENGAN PENIPUAN DARI SCAMMERS

credit foto: pixabay.com

Akhir-akhir ini kita mungkin sedar terdengar terbaca di corong radio, di papan digital akbar, iklan di Facebook dan Whatsapp terdapat banyak jenis skim penipuan untuk mengaut untung menindas mangsa tanpa ada rasa kasihan. Penipuan sama ada offline ataupun online perlu dielakkan sekeras-kerasnya.

Terdapat jenis kempen kesedaran sudah dimulakan sejak dari dulu lagi, nasihat ini memang sering diulangi namun masih lagi ramai yang terpedaya dengan penipuan yang melibatkan wang menjanjikan pulangan tetap dalam tempoh yang singkat tanpa ada risiko kerugian.

Ye lah kan, siapa yang tak mahu kaya cepat sekelip mata dan senang kan?

Anda harus ingat, setiap pelaburan yang menjanji keuntungan tetap dalam masa singkat didatangnya pelbagai jenis pakej pelaburan itu adalah penipuan atau scam! Ada juga yang guna menyamar dengan mengunakan nama baik DDNK, ada juga yang gunakan gambar baik DDNK bertujuan mengaburi mata orang ramai.

Pelbagai jenis operandi yang scammer ini jalankan antaranya meminta mangsa untuk masukkan wang tujuan pelaburan, menyuruhkan mangsa masukkan wang untuk tujuan pembukan akaun pelaburan dan sebagainya. Anda harus ingat, jika anda terlibat dalam saham akaun saham adalah nama anda sendiri, dan anda sendiri yang lalui proses pembukaan akaun anda beserta dengan dokumen anda bukan orang lain.

Anda harus lebih bijak. Anda perlu sedar konsep ‘cepat kaya’ tak wujud tanpa risikonya. Barangkali anda bertuah atau anda terciduk dibucu katil. Paling menyedihkan anda sanggup meminjam wang dengan rakan anda, saudara mara atau meminjam denga Ah-Long. Anda sendiri akan tahu apakah akibatnya jika tidak mampu membayarnya. Kemungkinan rumah anda diseleputi cat merah, nyawa keluarga isteri dan anak terancam menerima ugutan, bergaduh dengan sandarac mara serta rakan.

Apa yang telah dibuktikan dari zaman ke saman sama ada dari zaman analog ke digital ialah kekayaan kesenangan biasanya dicapai dengan usaha sendiri. Belajar untuk cari ilmu untuk mendapat kekayaan, kesenangan, keberkataan, kesihatan dengan izin Allah untuk anda dan keluarga.

Belajar dari individu yang sudah lalui jatuh bangun sesuatu bidang, yang berkelayakkan, mempunyai nama dalam industry, mempunyai lesen yang legit serta terbukti berjaya melahirkan pelabur-pelabur baru.

Jika anda mempunyai kelapangan diwaktu PKP ini, yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah secara atas talian, apa kata anda layari www.menangsaham.com ! Apa kata anda luangkan masa anda bersama keluarga untuk belajar tentang pelaburan saham yang garang, yang sah, yang selamat bersama Dato Dr Nazri Khan atau nama jolokan DDNK Pakar Pelaburan Saham & Pengurus Wang Bertauliah yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Inter-Pacific Asset Management Sdn. Bhd.

Berdasarakan rekod terkini, unit amanah yang diuruskan oleh beliau iaitu Interpac Dana Safi terus mengekal reputasi secara konsisten dengan menduduki tangga pertama dalam bidang unit trust sebagai Unit trust No.1 di Malaysia dalam kategori Syariah untuk tempoh Januari 2020 – November 2020 dengan pulangan yang memberangsangkan.


(Sumber : Fund Supermart, Lippers, Morning Star)

5 thoughts on “4 PERKARA YANG ANDA PERLU SEMASA PKP 2.0”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top