Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul wang untuk urusan pelaburan serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham, analisis, teknik dan apa sahaja informasi yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran pendidikan sahaja dan bukan sebagai saranan atau cadangan.
Pihak penganjur tidak menjanjikan sebarang jaminan terhadap ketepatan sama ada dari segi informasi atau masa, kesempurnaan, kesesuaiannya, pencapaian, keputusan atau apa sahaja yang berkaitan. Sebarang strategi atau kaedah yang diajar tidak menjanjikan keuntungan dan berkemungkinan menyebabkan kerugian. Program Menang Saham Online diadakan dengan persetujuan bahawa tenaga pengajar atau penganjur tidak menyediakan perkhidmatan dalam bidang perundangan, perakaunan, pencukaian atau mana-mana perkhidmatan berbayar yang tiada kaitan dengan program ini. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan serta tanggungjawab sendiri.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kerugian, kehilangan modal atau seumpamanya. Anda diingatkan bahawa aktiviti pelaburan ataupun trading saham mungkin tidak sesuai untuk sesetengah individu atau kumpulan atau syarikat atau lain-lain yang berkaitan. Aktiviti pelaburan dalam ekuiti atau ekuiti derivatif melibatkan risiko yang signifikan dan berkemungkinan boleh mengalami kerugian modal yang dilaburkan. Anda tidak digalakkan untuk melabur lebih daripada jumlah yang anda sanggup rugi dan anda dinasihatkan agar memahami akan setiap risiko yang terlibat. Sebelum anda memulakan pelaburan, anda dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya berkaitan dengan tahap pengalaman, ilmu dan objektif pelaburan. Anda juga dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada pakar kewangan bertauliah jika perlu.
03-6144 6111
F-1-2 Block, F Encorp DeStrand, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
cs@vegaher.com