fbpx

Video Games, Industri Popular Berbanding Movies & Sukan North America Digabungkan!

Suka main video games?

Tapi tau tak, sebenarnya video games dah jadi industri yang lebih besar jika dibandingkan dengan movies dan sukan North America digabungkan serentak? Ini semua penangan pandemik Covid-19!

Pulangan video games secara global dijangka telah meningkat 20% sehingga $179.7 bilion USD pada tahun 2020 menurut IDC data. Justeru, menjadikan video games sebagai industri yang meraih pulangan lebih besar berbanding movies dan sports di North America. Industri perfileman global pernah mencecah pulangan $100 bilion USD buat pertama kalinya pada tahun 2019, menurut Motion Picture Association, manakala PwC menjangkakan sukan di North America mendatangkan hasil lebih $75 bilion pada tahun 2020.

Kelihatan kedua-dua industri ini mendepani cabaran hebat daripada Covid-19 pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, industri video games menunjuukkan peningkatan 2-digit tahun ini selepas membuat peningkatan 1-digit yang tinggi 2 tahun lalu. Para pakar menjangkakan peningkatan yang kuat akan diteruskan sehingga 2021, berikutan pengenalan gaming consoles generasi terbaru oleh Sony dan Microsoft.

Industri video games mendapat sambutan hangat kerana terdapat banyak pilihan untuk bermain mengikut selera pengguna. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan populariti jualan permainan berbentuk digital-copy, permainan mobile, permainan cross-platform yang boleh menghubungkan pemain PC dan mobile, servis streaming game seperti Microsoft’s Game Pass, model-model permainan games-as-a-subscription, dan servis liputan online seperti Steam, merancakkan lagi dunia permainan digital.

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan mobile gaming sebagai pilihan pengguna. Selain ianya mudah dibawa ke mana-mana, permainan di mobile juga adalah lebih ekonomik kerana tidak memerlukan console tambahan yang mana ianya merupakan kos tambahan. Ditambah pula polisi China yang mula menolak penggunaan console menjadikan mobile gaming lebih dominan.

Berikut adalah antara permainan paling popular di US yang menyumbang kepada pulangan paling besar:

Mari kita lihat carta saham Activision Blizzard Inc. (ATVI), syarikat yang menerbitkan permainan paling digemari, Call of Duty.

Carta saham Activision Blizzard Inc.

Seterusnya carta saham Electronic Arts Inc. (EA).

Carta saham Electronic Arts Inc.

Akhir sekali carta saham Sony Corp yang didagangkan di Tokyo Stock Exchange, juga didagangkan di NYSE melalui ADR.

Carta saham Sony Corp.

Bagaimana? Best kan kalau saham-saham ni sendiri yang sponsor games kita. Nak beli games ke, nak upgrade ke, nak add-on characters ke… taklah rasa bersalah kan?

Yang penting belajar dulu sebelum buat apa-apa keputusan dan tindakan. Risiko berbahaya jika tak dikenali, tetapi boleh ditangani jika dikawal dengan rapi.

Sumber: MarketWatch

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top