fbpx

Wabak Covid-19 Semakin Merisaukan, Dah Rancang Kewangan Anda?

Sejak akhir-akhir ini, kita lihat di kaca skrin statistik Covid-19 yang semakin merisaukan. Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang waras yang akan inginkan fenomena buruk berlaku terhadap negara tercinta ini. Kita harap Malaysia baik-baik sahaja dan terus makmur dan sejahtera.

Pun begitu, di sebalik kesenangan hari ini kita masih perlu bersiap sedia dengan pelbagai keadaan terutama seandainya PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dikenakan sekali lagi. Apakah tindakan kita waktu itu? Adakah kewangan kita pada hari ini sudah mencukupi untuk menampung saat-saat getir? Apa yang patut kita lakukan untuk lindungi kewangan kita demi keluarga tersayang?

Artikel ini bukanlah untuk menakut-nakutkan sesiapa. Namun kita pernah melalui saat itu. Dan jika kita masih belum belajar sesuatu daripada kesusahan waktu PKP, maka kami fikir ianya amatlah merugikan. Seharusnya kita cari jalan penyelesaian agar ekonomi kita sekeluarga terjamin.

Pastinya anda terfikir apa yang boleh anda lakukan sewaktu PKP bukan? Kali ini kami kongsikan apakah peluang yang telahpun terhidang sewaktu tempoh PKP yang lepas!

Gold

Nilai emas ketika kejatuhan pasaran saham yang lepas (Sumber: goldsilver.com)

Ya, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila emas mendapat permintaan yang tinggi sewaktu pandemik diisytiharkan. Ini kerana pasaran emas secara semula jadinya bergerak secara berlawanan dengan pasaran saham. Emas biasanya menjadi pilihan pelabur di saat kitaran recession atau depression berlaku.

Pharmaceutical Stocks

Ketika PKP yang lepas, secara asasnya kita bukanlah bergelut dengan krisis ekonomi, sebaliknya lebih kepada krisis kesihatan. Kita terpaksa berkurung di rumah bukanlah kerana tidak mempunyai wang, tetapi lebih kerana isu kesihatan. Maka simpanan wang yang masih berbaki akan dibelanjakan jua.

Kita menyaksikan saham-saham farmaseutikal mendapat sambutan hangat. Tidak lain tidak bukan kerana para pelabur percaya sektor-sektor berkaitan healthcare sangatlah penting. Semuanya berharap syarikat-syarikat inilah yang akan menyelesaikan kemelut kesihatan ini. Ada yang naik 100%, malah ada saham yang melonjak lebih 500% sebelum ini seperti Pharmaniaga Bhd (PHARMA).

Glove Stocks

Tidak ketinggalan juga saham-saham yang bertemakan getah yang digunakan secara berleluasa untuk kegunaan penghasilan sarung tangan getah. Penghasilan sarung tangan meningkat dengan mendadak susulan permintaan yang sangat tinggi.

Terdapat saham yang mendapat manfaat daripada pandemik dan melonjak hampir 3,000% seperti Careplus Group Bhd dan HLT Global Bhd. Siapa nak bagi 30x ganda dalam tempoh beberapa bulan sahaja kan?

Best ke best?

Namun ini cerita yang sudah lepas. Segalanya telahpun berlaku. Ramai daripada kita yang tak sempat pun mengejar peluang ini. Tak mengapa. Yang lalu kita biarkan. Namun bagaimana dengan yang mendatang? Adakah kita sanggup duduk diam sahaja dan biarkan peluang tersebut terbang pergi?

Ciri-ciri orang yang berjaya adalah sentiasa pandai mengambil peluang. Seandainya takut risiko, seorang bayi tak mungkin mampu berdiri dan berjalan buat selamanya. Risiko boleh dikawal. Dengan ilmu dan pengamalan teknik yang betul, sentiasa akan ada jalan untuk mendapat result yang cemerlang.

Anda pilih jalan yang mana?

Pemerhati atau pemburu peluang?

KENYATAAN PENAFIAN:
Perkongsian ini bertujuan pendidikan sahaja. Perkongsian ini tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Berkaitan

Billionaire Pertama Melancong Ke Angkasa Lepas

Media sosial dan arus perdana mulai kecoh semalam apabila Pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson berjaya menjadi perintis dalam industri pelancongan angkasa lepas dan meninggalkan pesaing beliau seperti Jeff Bezos

PKP 3.0, Peluang Terbaik Asah Kemahiran

Insan yang cemerlang adalah mereka yang tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Malah, mereka juga akan memastikan hari ini lebih baik daripada semalam. Inilah yang menjadikan mereka terbilang, kerana

Scroll to Top